Selamat Tinggal Blogspot

Posted by razifembi | Sunday, August 09, 2009 | 15 comments »
.
Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang telah singgah, dan lebih-lebih lagi terutamanya kepada semua penulis komen di relaxjom. Semua komen amat dihargai dan aku cuba membalas sebaik mungkin.

Rumah lama walaupun akan ku tinggalkan namun tidak aku lupakan. Banyak memori dan catatan pengalaman aku tinggalkan di sani. Saja tidak dibawa ke wordpress. Masa ke masa, kalau rindu tu aku jenguk-jenguklah di sini. Manalah nak tahu satu hari nanti aku berpindah semula ke blogspot. Hahaha !!

Ini blog di wordpress. Sama juga tajuknya :


Dalam hidup ini kita pasti akan berhijrah, cuma menanti masa yang telah ditetapkan. Semoga penghijrahan kali ini akan membawa sinar yang lebih baik.

Relaxjom

2.34 a.m

Trip Ke Pantai Karachut ( lll )

Posted by razifembi | Saturday, August 08, 2009 | 4 comments »
.
Pemandangan di atas jeti Pantai Kerachut


Pukulan ombak menghempas pantai. Tidak ramai yang mandi di sini. Walaupun berpantai, namun aku rasa pantai di sini agak berbahaya kerana kedalaman laut sukar diduga. Aku, setakat basahkan kaki pun jadilah. Leka memerhatikan ombak-ombak yang menghempas pantai, bermacam-macam corak dan bentuk.


Memang ketika kami sampai di pantai ini tidak ramai orang yang ada. Kawasan hijau berumput di sebelah kanan gambar sebenarnya merupakan tempat kawasan perkhemahan. Pada hujung-hujung minggu atau pada cuti persekolahan tempat ini penuh dengan khemah. Ada yang daripada peljar-pelajar, keluarga dan daripada geng-geng muda. Memang meriah. Teringat ketika sampai di sini 2,3 tahun lepas melalui jalan darat, tempat ini sesak dengan khemah-khemah.

Aktiviti memancing memang popular di sini. Ramai kaki pancing di sini. Lagipun tempat ini memang sesuai untuk berehat minda. Mengikut cerita rakan yang pernah bercamping di sini dulu, ada sejenis siput kehitaman yang terdapat di pantai yang boleh dimakan.



Bye-bye. Berangkat pulang



Sempat lagi singgah di sebuah rumah lama milik Boon Siew. Boon Siew inilah yang membawa motorsikal Honda ke Malaysia. Tanahnya merata-rata, di Pulau Pinang, Langkawi . . . Sekarang rumah ini di jaga oleh pemandu bot kami.


Sarang burung helang tinggi di atas pokok. Sarang daripada timbunan kayu-kayu dan ranting-ranting kecil.


Maklumat lanjut sila call no ni. Pemandu bot kami ini juga menawarkan khemah, peralatan memasak dan lain-lain lagi.


Bangunan pejabat TNPP...


Sekian saja daripada relaxjom,

2.13 a.m




Artikel-artikel terdahulu :

Trip Ke Pantai kerachut ( ll )

Trip Ke Pantai Kerachut ( l )

Nanti Nasi Itu Menangis

Nota Pada Diri 1 : Kisah Dalam Kisah

Perkuburan Di Menara UMNO Pulau Pinang

Trip Ke Pantai Karachut ( ll )

Posted by razifembi | Thursday, August 06, 2009 | 8 comments »
.
Kehijauan hutan menimbulkan rasa kedamaian di hati . . .


Sampai di kawasan, yang jika diperhatikan betul-betul di dalam gambar di atas terletaknya menara rumah api di atas bukit sana. Gambar agak blurrrr kerana berada di dalam bot yang bergerak-gerak. Perjalanan mendaki ke rumah api tersebut mengambil masa kira-kira 45-60 minit mengikut apa yang diceritakan kepada kami.


Burung helang yang sedang bertenggek. Kalau di close up, akan nampak ikan di kakinya. Baru lepas menyambar ikan.

Raja angkasa

Lagi burung helang bersama tangkapan di kakinya ...

Setelah melepasi kawasan bukit rumah api berkenaan, kelihatan burung-burung helang tinggi di langit. Bagi peminat-peminat fotografi, mereka mungkin boleh meminta untuk diturunkan di kawasan ini untuk shoot gambar burung helang.

Kalau berada di dalam bot memang susah untuk mendapatkan gambar yang baik. Burung helang di sini tidak diberi makan daging ayam atau makanan-makanan lain seperti yang di lakukan di Langkawi Geo Park. Katanya untuk mengelakkan telur burung helang daripada tidak mempunyai benih yang baik kelak.

Leka melihat tarian-tarian angin yang dipersembahkan oleh burung-burung helang ini, sekali sekala dengan junaman yang laju, burung helang ini menyambar di permukaan laut menangkap ikan.


Batu yang dikatakan seperti bentuk penyu . . .

Bentuk arnab . . .

Teka bentuk apa ...


Sedar tak sedar, bot kami dah menghampiri satu kawasan pantai yang panjang lagi memutih. Kalau sudah nampak jambatan kabel ini, maksudnya kita sudah sampai di Pantai Kerachut.

Di bawah jambatan ini terletaknya Tasik Miromiktik.


Jeti yang terletak di Pantai Kerachut.


Trip Ke Pantai Karachut ( 1 )

Posted by razifembi | Monday, August 03, 2009 | 2 comments »
.
Perjalanan yang tidak disangkakan. Sebenarnya niat tu sekadar ingin bersiar-siar di dalam kereta sahaja. Tak sangka pulak terlajak bersiar-siar sampai ke dalam bot. Trip ini merupakan trip pada tahun lepas, cuma baru sekarang hendak diuploadkan. Aku tak kena penyakit H1N1 tapi terkena penyakit " M " seketika dahulu. Penyakit Malas. Sekarang ini di Taman Negara Teluk Bahang, mungkin ada perubahan.

Taman Negara Teluk Bahang

Niat ingin sekadar bertanya, tapi tetiba pakcik tu kata botnya masih ada lagi tempat kosong untuk trip berikutnya, terus aku nyatakan niatku untuk follow sekali. Rupanya aku bersama dengan pelancong-pelancong Singapura di dalam bot itu.

Terlebih dahulu aku diminta untuk mendaftarkan nama di pejabat perhutanan dekat situ juga. Tak silap aku tiada bayaran dikenakan. Ketika itulah, sekarang aku tidak pasti. Isteri aku tanpa disuruh, pun pergi mendaftarkan nama. Selalunya begitulah, isterikulah yang banyak uruskan tentang bab-bab menulis ini.

Bot yang sedang menanti kami


Pemandu bot kami merangkap tour guide kami


Bot-bot ikan yang sedang berlabuh


Dari jauh kelihatan pusat penternakan ikan air masin


riak-riak gelombang laut . . . bergemilapan

Enjin bot pun dihidupkan dan perlahan-lahan bergerak meninggalkan pantai. Kawasan jeti dipenuhi oleh bot-bot ikan yang sedang berlabuh. Menyusuri di tepian badan bot-bot yang dipenuhi dengan lumut dan jeragat air masin.

Bot-bot ikan ini juga mempunyai nombor pendaftaran seperti kereta mengikut negeri. Kehidupan nelayan tidak menentu, kadang-kadang berhari-hari di laut, memenuhi jumlah tangkapan ikan. Kalau kena musim tengkujuh atau hari-hari yang diramalkan cuaca tidak baik, kebanyakkan nelayan dilihat melepak di pondok-pondok tepi laut membetulkan jaring atau membersihkan bot sahaja.

Sekarang banyak nelayan berubah hala menjadi pemandu pelancong dengan menawarkan perkhidmatan bot bersiar-siar ke pantai karachut dengan wujudnya Taman Negara Teluk Bahang.

Bot kami bergerak perlahan-lahan, tiada gelombang atau ombak ketika ini di jeti ini, hanya riak-riak air kecil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Di hujung sana ternampak sangkar penternakan ikan. Banyak jugalah pemancing-pemancing berada di kawasan situ yang banyak batu-batu besar.


Jeti yang terletak di Muka Head

Selepas 10-15minit bergerak, sampai di satu tempat yang dipanggil Muka Head. Di sini letaknya juga tempat penyelidikan marin USM. Pernah juga aku sampai di sini dulu bersama dengan 3-4 orang kawan melalui jalan darat.

Air laut di sini juga elok berbanding tempat lain, pantainya yang melandai. Cuma berhati-hati kerana di sini sering menjadi tempat penunggang Jet Ski merempit dan berlatih aksi skill masing-masing menunggang Jet Ski.

Dan kalau boleh jika ke sini untuk bermandi dan lepak untuk jangka masa lama, baik bawak seramai mungkin teman. Kerana kadang-kadang ada beruk-beruk yang naik syeikkhhh melihat kita membawa makanan. Memang beruk sungguh ...

Dan lagi kalau rasa nak terbuang air besar tu atau nak bersolat bolehlah meminta kebenaran drp penjaga pusat marin tersebut. Memang elok surau di sana. Ada juga terlihat chalet, mungkin untuk kegunaan para penyelidik.


Anak ikan. Tangkap dan lepas ?


Monkey Beach

Pantai yang sunyi dan cantik. Sesuai untuk pasangan yang dalam percutian berbulan madu.


Tanjung Pengharapan ala Malaysia

Di sini, lautnya mula bergelora, kerana disini berlaku pertembungan di antara 2 arus air laut. Begitulah cerita pemandu pelancong kami. Katanya hari ini ombak tidak berapa kuat. Mujurlah.


Penanda, tempat letaknya jaring ikan milik nelayan


Kalau namanya dah pemancing . . . mana saja pun sanggup

Sayup-sayup di hujung sana, ada sebongkah batu yang timbul dari permukaan laut. Dan di sana juga aku mendapati ada seorang pemancing. Memang itulah "feel'' seorang pemancing, kemana saja, bila saja, di mana ada berita lubuk ikan, pasti mereka ada di sana.

Sekian saja buat masa ini. InsyaAllah kita bersambung lagi pada trip yang disangka ini.


Nanti Nasi Itu Menangis

Posted by razifembi | Sunday, August 02, 2009 | 2 comments »
.
Petang itu sayup-sayup kedengaran bunyi deruman enjin motorsikal apek cina barang dari Jelutong menghala ke rumahku. Memang tiap-tiap bulan bulan emak akan mengambil barang-barang rumah untuk tempoh sebulan.

Waktu pagi, selepas membeli ikan di 'market' Jelutong, mak akan singgah di kedai ini untuk memesan barang-barang. Sempatlah juga mak berbual seketika dengan nyonya kedai itu. Kadang-kadang terdengar juga mak aku berleter kerana ada harga barang yang naik tiba-tiba.

" Lu tak mau ini balang (barang) mahal, lu amik ini balang . . . murah sket " jawab nyonya itu.

Petang itu sampailah barang-barang yang dipesan oleh mak, beras 10kg, gula 5kg, colgate, penyapu, tepung gandum, sabun basuh dan lain-lain lagi. Dengan sehelai kertas bil yang berlipat-lipat mak menyemak barang-barang yang ditunjukkan oleh apek cina barang itu satu persatu. Memang baik apek cina barang ini, tak bebai, tak masam-masam muka. Kadang-kadang ada barang yang terlupa dihantar atau tersilap barang. Esoknya pulak dihantarnya.

Sebelum balik apek cina barang itu menyerahkan kuih sepit, laici tin, biskut, air kotak sebekas dan sebotol besar air FnN. Katanya nyonya bagi, raya Cina sudah dekat.

Begitulah keadaannya 15 dan 20 tahun yang lepas. Bukannya ada sesiapa dalam keluarga ku mempunyai kereta lagi. Jadi harapkan apek cina barang inilah yang menghantar barang-barang.

Harmoninya perpaduan di antara kaum ketika itu.


Makan Malam Semalam
Malam tadi sedang aku makan malam, beberapa butir nasi telah jatuh ke meja dari pinggan nasiku. Menjadi kebiasaanku untuk mengutip kembali butir-butir nasi itu jika terjatuh di meja. Mengeluh di dalam hati kerana tidak cermat ketika makan.

Setelah selesai makan, ketikaku angkat pinggan hendak pergi basuh ada lagi sebutir nasi di atas meja. Tetap ku kutip kembali nasi itu dan ku masukkan ke dalam mulut.

Bukan lapar lagi, bukan gelojoh, bukan pengotor tetapi kerana kata-kata mak dahulu ketika ku kecil.

"Angkatlah nasi tu, kalau tak kotor, makanlah. Kalau tak nanti nasi akan menangis sebab takdak sapa nak makan dia"

dan aku terus dan tetap mengutip nasi sehingga kini kerana aku hidup atas kepercayaan dan nilai tersebut.


Cerita Kes BERNAS Yang Pening Lagi Memeningkan

Kalau minyak naik harga,
Tol naik harga,
Kamu orang naik kereta lembu,

Kalau beras naik harga,
kamu orang makan McDonalds
Takpa jangan kamu naik darah sudah.

Beras Itu Keperluan Asas Manusia
Kalau sudah apa yang kita makan tiap-tiap hari tidak terbela, bagaimana nasib dan kehidupan kita akan terbela. Kalau sudah benda asas keperluan kita sebagai manusia sudah menjadi barang perjudian dan mainan sesetengah pihak. Apatah lagi tentang hal-hal lain.

Di mana silapnya lagi kita, Pantai Holding, Agusta, Wilayah Iskandar, Tanah Melayu Singapura, Air mentah ke Singapura dan yang terbaru kes BERNAS.

Sila baca tulisan saudara A. Kadir Jasin ----> klik sini


Gambar hiasan, nasi beriyani Hameediah
Berita Tadi
Aku tak makan pun nasi beriyani kat atas tu. Saja sekadar gambar penaik selera kepada sapa-sapa yang dah lama tak 'pekena' nasi beriyani Hameediyah. Aku makan nasi lauk kicap manis kipas udang bersama ikan masin dan telur puyuh.

Memang sedap walaupun lauk siang tadi punya, tapi yang tak sedap bila mendengar laporan berita tadi. Seramai 583 orang Melayu ditangkap, 3 orang Cina, India 2 orang dan lain-lain seorang.


Kata diri dalam hati, kenapa yang Melayu yang ramai ditangkap, sedangkan riuh sealam Malaysia ini yang kaum Cina terutamanya, Melayu, India menentang habis-habisan ISA ini. Tapi beratus peratus yang ditangkap adalah Melayu. Ke mana Cina dan India menyorok.

Bukan sangat aku nak bincang tentang ISA ini cuma sekadar menyentuh sikap orang kita. Sekarang siapa memperkudakan siapa? Orang lain yang mengetuk gendang perang, orang kita yang berperang. Dengan siapa kita berperang pulak? Dengan orang yang namanya ada bin dan binti jugalah.

Satu gambar yang aku ''curi'' dari blog SAK. hehehe

Sapa tipu siapa? Kata Nabil, Lu fikirlah sendiri.

Kalaulah kita bersatupadu, hormat menghormati setiap pandangan dan mengambil Islam sebagai panduan, kita pasti tidak akan diperlekehkan.

Lagi sekali aku letak lirik lagu Anak Kecil Main Api.

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Dari masa hingga masa
Petualang menghancurkan bangsa
Alatkan agama demi peribadi
Pupus kita di bumi Ilahi

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara 3x

Jangan nanti tiada beras lagi untuk dimakan baru kita sedar dan bersatu. Semoga Tuhan memberikan hidayah kepada kita untuk menentukan apa yang terbaik untuk negara kita. Kalau ada yang kata sekarang nasi sudah menjadi bubur, maka kita letakkan cebis-cebis ikan masin, lada dan daun-daun bawang untuk menyedapkan lagi bubur nasi itu.

Masa belum terlewat. Jangan biarkan nasi itu terus menangis.

Sekian nukilan dari saya,

Aku Hamba Bukan HAMKA
03/08/09 - 12.48 am