Trip Ke Pantai Karachut ( ll )

Posted by razifembi | Thursday, August 06, 2009 | 7 comments »
.
Kehijauan hutan menimbulkan rasa kedamaian di hati . . .


Sampai di kawasan, yang jika diperhatikan betul-betul di dalam gambar di atas terletaknya menara rumah api di atas bukit sana. Gambar agak blurrrr kerana berada di dalam bot yang bergerak-gerak. Perjalanan mendaki ke rumah api tersebut mengambil masa kira-kira 45-60 minit mengikut apa yang diceritakan kepada kami.


Burung helang yang sedang bertenggek. Kalau di close up, akan nampak ikan di kakinya. Baru lepas menyambar ikan.

Raja angkasa

Lagi burung helang bersama tangkapan di kakinya ...

Setelah melepasi kawasan bukit rumah api berkenaan, kelihatan burung-burung helang tinggi di langit. Bagi peminat-peminat fotografi, mereka mungkin boleh meminta untuk diturunkan di kawasan ini untuk shoot gambar burung helang.

Kalau berada di dalam bot memang susah untuk mendapatkan gambar yang baik. Burung helang di sini tidak diberi makan daging ayam atau makanan-makanan lain seperti yang di lakukan di Langkawi Geo Park. Katanya untuk mengelakkan telur burung helang daripada tidak mempunyai benih yang baik kelak.

Leka melihat tarian-tarian angin yang dipersembahkan oleh burung-burung helang ini, sekali sekala dengan junaman yang laju, burung helang ini menyambar di permukaan laut menangkap ikan.


Batu yang dikatakan seperti bentuk penyu . . .

Bentuk arnab . . .

Teka bentuk apa ...


Sedar tak sedar, bot kami dah menghampiri satu kawasan pantai yang panjang lagi memutih. Kalau sudah nampak jambatan kabel ini, maksudnya kita sudah sampai di Pantai Kerachut.

Di bawah jambatan ini terletaknya Tasik Miromiktik.


Jeti yang terletak di Pantai Kerachut.


7 comments

  1. HanaKimi // 6 August 2009 at 07:47  

    Cantiknyeer(^^)..Teringin nk p

  2. ummisara // 6 August 2009 at 09:35  

    Amboi cantek sungguh tempat tuh noooo. Chek tak tau pulak ada tempat lagu nih kat sana...i bet my cousin yang dok sana pun tak penah pi...sbb tuh depa tak penah crita.

    balik penang nanti nak ajak depa pi.

  3. BG // 6 August 2009 at 18:21  

    nice capture ^_^

    lama dah aku xp tmn negara penang ni..last 2thn lepas wat conservation project ngan perhilitan maintain this place..

    aku plg suka monkey island tmpt boon siew tuu..hahah..dah cntik tmpt ni yer..bgus2

  4. Pei Pan // 6 August 2009 at 18:37  

    Nice pic!

  5. Bie // 7 August 2009 at 08:51  

    terpesona.. =)

  6. Mista Blogga // 7 August 2009 at 11:20  

    nice pics!
    Pantai Karachut tu di mana eh?

  7. ODE // 7 August 2009 at 14:33  

    jom relax. =)

Post a Comment

Sila gunakan bahasa yang baik dan sopan. Terima Kasih