Nota Pada Diri 1 : Kisah Di Dalam Kisah

Posted by razifembi | Friday, July 31, 2009 | 12 comments »
........

Kisah 1 : Jurutera Kapal Dan Pelaut Yang Hebat

"Kutinggalkan Warisan Laut Untukmu "

Sejenak selepas membaca sebuah buku yang diberi tajuk SUKMA ANGIN tulisan ARENA WATI, sungguh aku tidak sangka ilmu kejuruteraan kapal di Nusantara amat hebat sekali pada satu ketika dahulu.

Buku SUKMA ANGIN ini diberikan kepadaku oleh Tokwan (Ahmad Babji-tokwan mertua) setelah beberapa hari Arena Wati meninggal dunia. Sesungguhnya Tokwanku ini sangat kuat membaca dan amat luas ilmunya didalam ilmu kesasteraan, matematik dan sejarah. Banyak buku-bukunya diberikan kepada anak cucu agar budaya ilmu menjadi teman.

Ini Tokwanku bukan Arena Wati...jangan keliru

Penjelasan Arena Wati amatlah terperinci tentang musim taufan dan tengkujuh, jenis-jenis ombak laut, jenis-jenis awan, etika di laut, persiapan bekalan makanan, jenis-jenis kayu yang berlainan yang sesuai untuk bahagian-bahagian tertentu kapal, pendedahan geografi nusantara dan pangkat-pangkat di atas sebuah kapal amat sehingga membuat aku kagum dengan semua ilmu yang dimiliki oleh orang Melayu dulu-dulu khususnya.

Arena Wati bukan membicarakan tentang rakit, bukan kolek dan juga bukan perahu, tetapi berbicara tentang sebuah bahtera HEBAT yang diberi nama SUKMA ANGIN.

Memang dia jurutera kapal dan penulis yang hebat!



Kisah 2 : Kata Arena Wati Lagi . . .

" Bengkok jarum pedoman cita-cita.
Dekad akan datang, kau akan lihat agama di bibir,
bukan di dada.
Bahasa Melayu diejek.
Budaya diganti tamadun lucah."

(Halaman 349: Busa Hati)



Kisah 3 : Khutbah Jumaat

Khatib membaca teks khutbah yang menyentuh tentang TAQWA. Bacanya lagi tentang si kaya yang tidak bertaqwa, hartanya tidak berfaedah lansung selepas mati.

Tersengguk-sengguk para jemaah mendengarnya . . .

Khatib juga menyentuh tentang bezanya orang yang mendirikan solat dengan orang yang melaksanakan solat. Di akhirat kelak manusia-manusia ini yang melaksanakan solat tanpa kualiti akan dicampakkan ke dalam 2 neraka iaitu neraka Saqqar dan satu lagi neraka yang aku pun dah lupa.

Ada jemaah yang mula terangkat kepalanya minat mendengar lanjut . . .


Sedekah kita

Tabung-tabung plastik mula diedarkan, aku mengambil kesempatan melihat tangan-tangan yang menghulurkan sedekah kepada tabung masjid. Ada jemaah yang bila tabung masjid diletakkan dihadapannya lansung tidak sedar.

Rupanya TIDUR . . . zzzzzzzz ...... zzzzz ..... penat bekerja agaknya atau mungkin malam tadi tidak tidur dek kerenah anak kecilnya.

Aku memerhatikan lagi tangan-tangan itu lagi. Ada yang menyeluk poket baju, poket seluar, dikeluarkannya dompet. Namun tidak lansung dibukanya dompet itu. Akhirnya dia berdiri separuh duduk dan menyeluk poket seluar yang lain. Dikeluarkannya duit-duit syiling lalu disedekahkan dalam tabung masjid. Kemudian duduk dan pejam mata balik . . .

Tangan yang lain pula yang memakai baju "ENGINEERING" mengeluarkan sehelai duit kertas lusuh berlipat-lipat berwarna biru lalu dimasukkan ke dalam tabung.

Jumlah pungutan

Setiap minggu akan dipaparkan jumlah wang kutipan hasil sedekah orang ramai diantara RM 1400 - RM 1800 seminggu tidak dicampur lagi dengan wang tabung dinding yang seccara puratanya lebih kurang 3-4 ratus seminggu.

Jumlah hadirin yang hadir pula lebih kurang seribu orang. Kalau dibuat kesimpulan kasarnya, setiap jemaah hanya menyumbangkan lebih kurang RM 1 - 3 untuk dana masjid secara puratanya.

Rumusannya yang lebih mendalam terserah kepada setiap pembaca menilai . . .


Sambung khutbah . . .

Khatib meletakkan teks khutbah dan menjelaskan tentang beberapa3 perkara yang terjadi di akhir zaman. Para jemaah mula menumpukan perhatian, khutbah mula berjaya mendapat tempat.

Perkara-perkara yang sempat aku ingat lagi aku catatkan di sini :

1. Orang yang baik dituduh jahat.
2. Orang amanah dituduh khianat.
3. Orang jahat diangkat menjadi pemimpin.
4. Orang bersalah dikatakan tidak bersalah.
5. Orang yang benar dituduh penipu.

Dan ada satu perkataan yang disebut oleh khatib yang tidak dapat aku tangkap dengan jelas yang disebutkan oleh Rasullah. Bila ditanya oleh para sahabat apakah maksud perkataan itu maka Rasullah menjelaskan bahawa :

dihuraikan oleh khatib sebagai :

"itulah orang yang berlagak hero dengan berlakon menjadi orang baik dan berilmu tapi sebenarnya jahat. Orang jahat yang menyuruh orang berbuat kebaikan, Pencuri yang menyuruh orang jangan mencuri "

Benarlah apa yang dikatakan oleh Arena Wati bahawa nanti akhir zaman ilmu agama akan bermain di bibir dan bukannya terpahat di dalam hati. Semoga Allah merahmati roh beliau. Al-Fatihah.


Cermin Diri

Kebelakangan ini aku melihat ramai orang berilmu tinggi baik dalam bidang sains dan agama, ada yang bergelar dokter, ada yang bergelar cikgu, ada yang bergelar ustaz , ada yang bergelar pemimpi tapi akhlaknya buruk.

Semoga aku dijauhi sifat begini. Pesan pada diri mencari dan memburu kebaikan dan meninggalkan keburukan dari hari ke hari. Semoga Allah membimbingku dan keluargaku.

* Sikap Arena Wati yang tidak sukakan kepada sensasi menyebabkan sukarnya aku mencari gambar-gambarnya.

12 comments

  1. Anonymous // 1 August 2009 at 00:07  

    Sangat suka dengan buku-buku Allahyarham Arena Wati. Salah satu yang masih terkesan kepada saya hingga ke hari ini ialah Sudara.

  2. razifembi // 1 August 2009 at 00:22  

    Terima kasih kerana singgah.

    Artikel ini masih lagi sedang ditulis.

  3. achik // 1 August 2009 at 09:28  

    "Dekad akan datang, kau akan lihat agama di bibir,
    bukan di dada.
    Bahasa Melayu diejek.
    Budaya diganti tamadun lucah."


    sangat betul!

  4. mr edz // 1 August 2009 at 09:49  

    kenapa orang asyik derma yang seringgit seringgit jer..

  5. razifembi // 1 August 2009 at 11:52  

    Sebab orang Islam tidak memandang kepada amal sedekah, mengharapkan dan yakin orang lain akan menderma lebih banyak.

    Tapi yang peliknya, jika berlaku kecemasan...akan lihat mencurahnya sumbangan.

  6. Anonymous // 1 August 2009 at 15:01  

    kunjungan kali ke-2.
    Tertarik dengan kata-kata itu:
    " Bengkok jarum pedoman cita-cita.
    Dekad akan datang, kau akan lihat agama di bibir,
    bukan di dada.
    Bahasa Melayu diejek.
    Budaya diganti tamadun lucah."
    Memang telah jelas kebenarannya. Peringatan yang baik.

  7. katak_78 // 1 August 2009 at 17:37  

    Ada pun awak!! Dah lama tunggu awak update blog...

  8. Nizam Zahri // 1 August 2009 at 21:32  

    teringin nak membaca sukma angin..

    dimana bley dapat yerk...?

  9. razifembi // 1 August 2009 at 23:39  

    Nizam boleh cuba di Pustaka DBP . . .

    http://www.dawama.com/index.php?tpl_id=87

  10. Nizam Zahri // 2 August 2009 at 01:09  

    terima kasih..

    neway nice blog, nice writing..

  11. Aidi Rahimi Ibrahim // 2 August 2009 at 09:51  

    Salam sdra,
    membalas singgah.


    :-)

  12. sandy // 31 October 2018 at 05:54  


    نستخدم افضل ادوات تنظيف و غسيل الخزانات لاننا افضل شركة تنظيف خزانات بالمدينة المنورة و عمال مروبون وحاصلون على شهادة صحية فقط اتصل بنا لتحصل على افضل خدمة تنظيف خزانات بالمدينة المنورة

Post a Comment

Sila gunakan bahasa yang baik dan sopan. Terima Kasih