" Lu tak mau ini balang (barang) mahal, lu amik ini balang . . . murah sket " jawab nyonya itu.
Petang itu sampailah barang-barang yang dipesan oleh mak, beras 10kg, gula 5kg, colgate, penyapu, tepung gandum, sabun basuh dan lain-lain lagi. Dengan sehelai kertas bil yang berlipat-lipat mak menyemak barang-barang yang ditunjukkan oleh apek cina barang itu satu persatu. Memang baik apek cina barang ini, tak bebai, tak masam-masam muka. Kadang-kadang ada barang yang terlupa dihantar atau tersilap barang. Esoknya pulak dihantarnya.
Sebelum balik apek cina barang itu menyerahkan kuih sepit, laici tin, biskut, air kotak sebekas dan sebotol besar air FnN. Katanya nyonya bagi, raya Cina sudah dekat.
Begitulah keadaannya 15 dan 20 tahun yang lepas. Bukannya ada sesiapa dalam keluarga ku mempunyai kereta lagi. Jadi harapkan apek cina barang inilah yang menghantar barang-barang.
Harmoninya perpaduan di antara kaum ketika itu.
Makan Malam Semalamalam tadi sedang aku makan malam, beberapa butir nasi telah jatuh ke meja dari pinggan nasiku. Menjadi kebiasaanku untuk mengutip kembali butir-butir nasi itu jika terjatuh di meja. Mengeluh di dalam hati kerana tidak cermat ketika makan.
Setelah selesai makan, ketikaku angkat pinggan hendak pergi basuh ada lagi sebutir nasi di atas meja. Tetap ku kutip kembali nasi itu dan ku masukkan ke dalam mulut.
Bukan lapar lagi, bukan gelojoh, bukan pengotor tetapi kerana kata-kata mak dahulu ketika ku kecil.
"Angkatlah nasi tu, kalau tak kotor, makanlah. Kalau tak nanti nasi akan menangis sebab takdak sapa nak makan dia"dan aku terus dan tetap mengutip nasi sehingga kini kerana aku hidup atas kepercayaan dan nilai tersebut.
Cerita Kes BERNAS Yang Pening Lagi MemeningkanKalau minyak naik harga,
Tol naik harga,
Kamu orang naik kereta lembu,
Kalau beras naik harga,
kamu orang makan McDonalds
Takpa jangan kamu naik darah sudah.
Beras Itu Keperluan Asas ManusiaKalau sudah apa yang kita makan tiap-tiap hari tidak terbela, bagaimana nasib dan kehidupan kita akan terbela. Kalau sudah benda asas keperluan kita sebagai manusia sudah menjadi barang perjudian dan mainan sesetengah pihak. Apatah lagi tentang hal-hal lain.
Di mana silapnya lagi kita, Pantai Holding, Agusta, Wilayah Iskandar, Tanah Melayu Singapura, Air mentah ke Singapura dan yang terbaru kes BERNAS.
Sila baca tulisan saudara A. Kadir Jasin ---->
klik sini
Gambar hiasan, nasi beriyani Hameediah
Berita Tadi
Aku tak makan pun nasi beriyani kat atas tu. Saja sekadar gambar penaik selera kepada sapa-sapa yang dah lama tak 'pekena' nasi beriyani Hameediyah. Aku makan nasi lauk kicap manis kipas udang bersama ikan masin dan telur puyuh.
Memang sedap walaupun lauk siang tadi punya, tapi yang tak sedap bila mendengar laporan berita tadi. Seramai 583 orang Melayu ditangkap, 3 orang Cina, India 2 orang dan lain-lain seorang.
Kata diri dalam hati, kenapa yang Melayu yang ramai ditangkap, sedangkan riuh sealam Malaysia ini yang kaum Cina terutamanya, Melayu, India menentang habis-habisan ISA ini. Tapi beratus peratus yang ditangkap adalah Melayu. Ke mana Cina dan India menyorok.
Bukan sangat aku nak bincang tentang ISA ini cuma sekadar
menyentuh sikap orang kita. Sekarang siapa memperkudakan siapa?
Orang lain yang mengetuk gendang perang, orang kita yang berperang. Dengan siapa kita berperang pulak? Dengan orang yang namanya ada
bin dan binti jugalah.
Satu gambar yang aku ''curi'' dari blog SAK. hehehe
Sapa tipu siapa? Kata Nabil, Lu fikirlah sendiri.
Kalaulah kita bersatupadu, hormat menghormati setiap pandangan dan mengambil Islam sebagai panduan, kita pasti tidak akan diperlekehkan.
Lagi sekali aku letak lirik lagu Anak Kecil Main Api.
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Dari masa hingga masa
Petualang menghancurkan bangsa
Alatkan agama demi peribadi
Pupus kita di bumi Ilahi
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara 3x
Jangan nanti tiada beras lagi untuk dimakan baru kita sedar dan bersatu. Semoga Tuhan memberikan hidayah kepada kita untuk menentukan apa yang terbaik untuk negara kita. Kalau ada yang kata sekarang nasi sudah menjadi bubur, maka kita letakkan cebis-cebis ikan masin, lada dan daun-daun bawang untuk menyedapkan lagi bubur nasi itu.
Masa belum terlewat.
Jangan biarkan nasi itu terus menangis.
Sekian nukilan dari saya,
Aku Hamba Bukan HAMKA
03/08/09 - 12.48 am