Photobucket

" Siapa yang menguasai Jurusallem, dia kuasai dunia " petikan kata-kata penakluk hebat Salahdin Al Ayubi ( Yusuf bin Ayyub-nama sebenar ) yang berketurunan Kurdis.

Sehinggakan Raja England ketika itu King Richard The Lion Heart pun menghormati kepahlawanan Salahdin.


Mungkin benar apa yang ditafsirkan oleh Salahdin jika melihatkan situasi sekarang. Rata-rata di seluruh pelusuk dunia memerlukan dan takutkan Amerika yang ditunjangi Israel di belakangnya.

Photobucket
demontrasi di Masjid Sungai Gelugor

Di Satu Khutbah Jumaat Yang Lalu

Telah terkesan kata-kata yang diucapkan oleh khatib Dr Danial Zainal Abidin di jiwaku. Terngiang-ngiang lagi kata-kata beliau dalam nada sebak . . .

" Saya memohon maaf, saya minta maaf banyak-banyak kepada rakyat Palestin kerana saya tidak mampu menolong kamu selain doa dan bantuan kewangan "

" Saya minta maaf banyak-banyak kerana anak-anak kami masih lagi makan ais krim manakala kamu di sana dizalimi "


Perasaan sebakku tidak dapat ku bendung, perlahan-lahan aku mengesat mata. Tidak pernah dan tidak pernah lagi air mataku menitis ketika khutbah Jumaat.

Tatkala itu juga aku dengar sedu dan lihat ria-riak mutiara air mata yang mengalir perlahan-lahan ke pipi para makmum yang lain.



Kita

Begitulah ketidakupayaannya kita, sehinggakan saudara kita ditembak-tembak dan diburu. Kita masih bersandiwara. Kitalah golongan yang dikisahkan dalam hadis Rasullah SAW, golongan yang cintakan dunia dan takut mati.

Photobucket

Kecintaan pada dunia, tatkala saudara dibunuh, kita masih lagi sempat memikirkan untuk menu unt
uk malam nanti, sibuk dengan pelajaran anak-anak dan bergaduh sesama sendiri.

Aku pasti akan disoal tentang ini nanti . . . . bila mati !


Di Sana Itu Saudara Ku

Aku percaya dan benar kata-kata Dr Danial bahawa kita ini di Malaysia tiada golongan kelas pertama. Kita tidak di uji sebegitu musibah seperti yang terjadi di Palestin kerana kita ini lemah dan lembik.

Bolehkah kita tidak makan sehari suntuk atau berhari-hari seperti rakyat Palestin? Maaf, bukan kata kamu. Tapi aku. Bolehkah ... rasa-rasanya aku ini juga hanyalah umat yang lemah dan lembek yang tidak tahan diuji . . .

Dr Danial memperingatkan juga bahawa hidup ini umpama putaran roda. Tidak mustahil perkara sama menimpa kita jika kita leka dan ingin diuji oleh Allah satu hari nanti.


Bersyukurlah

Lihatlah jiran kita di Indonesia,

Photobucket


Lihat anak-anak kecil kita yang kelaparan

Photobucket


Lihat kepada sejarah tempat lain

Photobucket
Kanak-kanak ini yang mengalami kebuluran. Jurugambar photo ini pun turut meninggal 3 bulan selepas itu akibat tekanan jiwa melihat peristiwa ini. Gambar yang memenangi hadiah Pulitzer.

Dan lihatlah saudara kita di Palestin

Photobucket

Harapan

Syukur ke hadrat Allah, kita masih dilimpahi rezeki. Ya Allah jadikanlah kami oarang-orang bersyukur pada nikmat mu dan bersabar pada dugaanMU.

Aku doakan Israel musnah binasa dan kezaliman dihentikan serta dianugerahkan pemimpin seperti pejuang Salahdin Al Ayubi sebagai pembuka jalan bagi kami golongan-golongan yang lemah.

Amin.


My name is Muhamad, and I'am a Muslim

3.35 a.m / 13 Jan 2009

Happy Birthday to my lovely wife.

18 comments

  1. Nad Eusoff // 13 January 2009 at 02:05  

    pilu tgk berita kat tv3 tuh
    kejam sungguh mereka

  2. Anonymous // 13 January 2009 at 03:32  

    para nabi pun dibunuhnya.

    memanglah bangsa Yahudi ini tersangat laknatnya.

    doakan saudara kita di Palestin. Jom kita sedaya mampu kita memboikot barangan US ...

  3. Tirana // 13 January 2009 at 05:39  

    Kita tidak diuji sebegitu rupa sebab Allah tahu kita tidak mampu menanggung ujian itu.. Berbahagialah rakyat Palestine yang mati syahid kerana mempertahankan agama dan tanahair mereka. Mudah-mudahan Allah melaknati Yahudi..

    p/s selamat hari ulang tahun kepada isteri razif..mudah-mudahan bahagia selalu..

    Anak saya buat medic di monash malaysia bukan di monash melbourne..hehehe..tak adalah rindu-rinduan nanti..berulang alik dari rumah..

  4. Masy // 13 January 2009 at 11:59  

    kurang ajar betul bila yahudi2 dtg berkonvoi dan melepak mcm menonton persembahan bunga api masa tentera2nya menyerang Gaza.

    harap sgt tentera2 tsalah aim dan ter'BOM' rakyat sendiri. huh!!!!!!!!!!!!!!

  5. Masy // 13 January 2009 at 12:01  

    eh lupe nk ucap selamat harijadi pada wife razif. moga sihat sejahtera dan berbahagia selalu :)

  6. sakurasa 2 // 13 January 2009 at 14:57  

    Salam kenal tq sudi berkunjung ke blog sakura

  7. Suzi // 13 January 2009 at 15:11  

    hanya doa lagi dan lagi dpt dihulurkan buat saudara kita di Palestin... :(

  8. Sasha // 13 January 2009 at 15:38  

    Yahudi memang kejam!!... x de bangsa lain yg sanggup bunuh manusia lebih2 lagi baby n kanak2... betul2 setan depa ni...

    doakanlah mereka setiap hari dan hulurkan bantuan yg termampu...

  9. Neyra Shazeyra // 14 January 2009 at 09:36  

    hurm teringat kata2 my lect dlm kelas td. die sgt suka kan mcD. memag addicted giler. sebelom palestin di bom, tetiba die rasa mcm tak minat langsung nk mkn mcd lg. and after a few weeks, palestin di bom. die bersyukur sbb allah mcm buka hatinya utk terus stop mkn mcD tu. utk boikot yahudi (ape aku bebel ni???)

  10. Samdaddycool // 14 January 2009 at 13:18  

    Semoga rakyat palestin terbela, Israel ditentang.
    Apa dah jadi dengan negara-negara Arab yang lain? Even Venezuela yang bukan negara Islam pun ambil tindakan berani usir duta Israel kat sana....

  11. Faisal Admar // 15 January 2009 at 00:06  

    Diharap umat Islam dapat bersatu dan tundukkan Israel. Usah kita lihat dunia, umat Islam di Malaysia sendiri pun belum bersatu.

    Tepuk dada, tanya iman.

  12. bluecrystaldude // 15 January 2009 at 01:43  

    Entri ini dihabisi dengan indah sekali...

    Saya teringat pada khutbah jumaat lepas di universiti saya, di mana khatib menyampaikan khutbah mengenai konflik di Gaza dengan penuh perasaan dan berkesan. Beliau menyampaikan khutbah dalam 3 bahasa (melayu, inggeris dan arab) dan rakan2 seIslam dari negara arab amat tertarik dengan khutbat beliau. Insaf seketika..

  13. Anonymous // 15 January 2009 at 14:48  

    emm mungkin benar kata2 itu..tapi Allah jua yg mengetahui akan perkara2 disebaliknya..
    "inysa Allah kebaikan pasti mengatasi kebatilan.."

  14. Yang Benar, Kakak Perkara Rawak // 16 January 2009 at 05:34  

    speechless.
    ....

  15. katak_78 // 19 January 2009 at 19:42  

    Erk...terdiam katak_ayu seketika....bayangkan bila kita tgh makan daging ayam..ibarat kita sedang meratah daging2 rakyat palestin.....hui...sungguh menginsafkan...

  16. Paan Jr // 24 January 2009 at 08:36  

    adeh..
    saket ati tol tgk kekejaman israel niy..

  17. Anonymous // 25 January 2009 at 14:24  

    erk.. nabi pernah bersabda, suatu hari nanti orang yahudi ni akan takut pada orang Islam, (dekat kiamat), sehinggakan apabila mereka sorok di belakang batu sekalipun, batu itu akan berkata "Ya Muslim, bunuhlah Yahudi yang berada di belakang aku ini.. "

    Mauti LilAmerika Mauti LilYahudd.. Allahu Akbar!!

  18. Anonymous // 26 January 2009 at 01:24  

    i dont know what must i say. . .
    i just keep praying
    praying
    and praying

    hope the best for them. .

    save palestine. . .

Post a Comment

Sila gunakan bahasa yang baik dan sopan. Terima Kasih