I Was At School Then . . .

Posted by razifembi | Sunday, November 16, 2008 | | 5 comments »

Photobucket

Timbunan buku-buku yang dikumpulkan sebelum sesi persekolahan berakhir bagi sesi 2008. Ibubapa tidak lagi perlu merungut kerana mulai tahun 2008, semua murid-murid akan dibekalkan dengan buku teks.

Bukan itu sahaja, yuran sekolah yang RM4.50 pun turut dihapuskan. Malah isu yuran juga menjadi amat sensitif sehingga penggunaan perkataan yuran digantikan dengan perkataan sumbangan.

Bukan kanak-kanak sahaja yang bertuah sekarang ini, malah golongan ibubapa juga amat bertuah dengan berita ini.

Ibubapa penulis RelaxJom merupakan golongan orang yang susah satu ketika dahulu, namun berkat usaha ibubapa menjual kuih cucur udang di kantin sekolah Sungai Gelugor dan kerja-kerja lain, dapatlah juga penulis merasa menjejakkan kaki di menara gading.

Ketika bersekolah rendah, ada ketika dan selalunya juga, penulislah yang membeli cucur udang ibu andai melihat masih banyak yang tidak terjual kerana tidak mahu nanti banyak cucur udang tidak terjual dipulangkan. Entah di mana logiknya tindakan penulis ketika itu. Tapi itulah yang dikatakan kanak-kanak.

Begitulah serba sedikit ceritaku ketika kecil, " Kecil akalku, namun besar jiwaku pada ibu dan ayah "

Berbalik kepada cerita buku teks dan yuran sekolah, ramai ibubapa yang tidak membayar yuran sekolah@sumbangan. Jadi apakah sumbangan mereka kepada pihak sekolah? Sepatutnya yuran sekolah tidak dihapuskan malah dinaikkan lagi bagi menyalurkan dana bagi perkembangan sekolah. Apakah cukup peruntukkan kerajaan bagi setiap sekolah? Tidak, malah pihak sekolah mengalu-alukan lagi jika ada sumbangan daripada pihak ibubapa.

Menyentuh sikap ibubapa yang liat untuk meyumbang kepada pihak sekolah atas alasan kehidupan yang susah amatlah sukar untuk diterima kerana kebanyakkan mereka yang sebegini memanglah tiada yang lain kecuali hanyalah PENIPU semata-mata dan lari daripada tanggungjawab sosial mereka.

Ya, memanglah ada golongan yang susah yang sewajarnya diberikan bantuan dan pihak sekolahlah atau para gurulah yang umpama "Jabatan Kebajikan Masyarakat " yang mengenal pasti murid-murid yang miskin untuk diberikan bantuan.

Sama-sama menghayati kesusahan mereka, jadikan pedoman dan renungan buat kita yang dianugerahi kehidupan yang baik.


Photobucket

Photobucket

Photobucket
Hahaha . . . tersenyum aku tengok budak-budak ni...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

5 comments

  1. Anonymous // 16 November 2008 at 12:54  

    heh. banyak nye buku..

  2. tikazack // 19 November 2008 at 21:50  

    waa..tetibe rindu lak kat kenangan kat skola dulu2..
    tapi disebabkan sy akan jadik bakal cekgu..
    xpe laa..
    haha nnt lagik penat nk jage budak2..
    T_T

  3. djambu puadovich // 20 November 2008 at 00:34  

    ni cikgu ke yg suruh budak2 ni posing? hehehe

  4. Anonymous // 20 November 2008 at 17:45  

    wah lame dah x pergi sekolah.

  5. chekgu Bani Hassim // 22 November 2008 at 22:28  

    huhu...
    lawa2 pics ko razif...
    bravo!

Post a Comment

Sila gunakan bahasa yang baik dan sopan. Terima Kasih