Kelab Dam Jelutong

Posted by razifembi | Friday, July 10, 2009 | 2 comments »
........
Permainan dam memang tidak asing bagi warga Pulau Pinang. Di antara tempat yang famous dan aktif menjadi "port" untuk bermain dam ialah di kaki lima tempat dulunya menjadi pasaraya Suiwahhh atau la ni dipanggil Sunshine.


Buah-buah dam yang diperbuat dari tudung penutup minuman. Yang penutup tudung kaler hijau tu, aku tau dari minuman apa. Tak payah cakaplah, cuma aku harap takdaklah pakcik-pakcik tu yang mengkedarahkan "ayaq" tuhhh. Haiiihhh ...


Dam bukan sebarang dam. Salah jalan, tak pergi "haji" la jawabnya. Mungkin tidak sepopular permainan chess, tapi tak dinafikan permainan dam ni memang memerlukan kemahiran, teknik, pengalaman dan kecerdasan yang tinggi juga. Tambah-tambah kalau bilangan baris buah dam semakin banyak. So, jangan dok pandang rendah pada permainan ni. Tak percaya bole try dengan otai2 dam kat sini. Gerenti kena makan 3,4 kali lompat...


Siap dengan yuran keahlian. Yurannya cuma RM 3.00 sebulan. Ni barulah betul-betul kelab dam. Mempunyai ahli aktif lebih kurang 58 orang. Aku pun aritu 'qalik" la jugak layan otai ni main dam.


Gambar Lim Guan Eng pun ada. Takkan Lim Guan Eng ni presiden kelab dam mereka??? Canggih ....

2 comments

  1. Sis Lin // 10 July 2009 at 10:00  

    wakakah..ini betul2 kelab dam ni..siap kena yuran lg ni...

  2. TokNabe // 12 July 2009 at 23:01  

    memang tersusun kelab dam ni.. siap beryuran. rasa mcm kelab dam yang pertama kat malaysia ni.

Post a Comment

Sila gunakan bahasa yang baik dan sopan. Terima Kasih