Alhamdullilah RelaxJom™ selamat perjalanan pergi dan balik daripada percutian baru-baru ini. Percutian kali ini memang menarik.
Secara ringkasnya inilah peta perjalanan RelaxJom™.
P. Pinang ---> Kulim ---> Ijok ---> Grik ---> Besut ---> P. Perhentian/ P. Redang / P. Lang Tengah ---> K. Bharu ---> P. Pinang
RelaxJom™ singgah di Kulim dan Ijok untuk menghadiri majlis kenduri kawan-kawan seperjuangan di USM dahulu. Sekarang ni dah terbalik, yang belum kahwin semakin sikit dan yang kahwin semakin ramai. Jadi begi teman-teman yang belum berkahwin lagi mungkin akan mendatangkan sedikit tekanan.
Agaknya lah ... bagi yang tak terbuka pintu hati nak kawen ... akan rasa biasa dan tiada apa-apa lagi. Dulu penulis pun macam tu lah jugak, walaupun dah berpasangan hampir 5 tahun, masih lagi tidak terbuka hati untuk berkahwin.

Tapi akhirnya, sampai juga seruan penulis ... best oo kawen ... wakakaka... takdak lah lagi dosa pegang-pegang tangan masa dulu time tak kahwin .... sekarang pegang pun dah takpa...hahaha...sapa tak kawen lagi..cepat kawen.
Berbalik kepada cerita awal, selepas penulis menghadiri kenduri di Ijok, penulis perlahan-lahan bergerak ke destinasi seterusnya iaitu di Kuala Besut (jeti ke Pulau Perhentian). Penulis tiba di sana kira-kira jam 11.00 malam, penulis singgah di dataran medan selera Jertih untuk berehat sebentar dan menjamu selera. Orang pun masih ramai ketika itu.
Selepas menjamu selera, penulis bergegas mencari hotel-hotel bajet di sekitar Jertih dan Kuala Besut. Puas jugaklah penulis ke sana sini mencari bilik untuk bermalam kerana hampir keseluruhan bilik sudah penuh.
Hampir-hampir penulis mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan mencari bilik tumpangan ke Kuala Terengganu yang mengambil masa lebih kurang 1 jam lagi . Bukannya apa, penulis geram sudah berapa kali ke Pantai Timur, namun masih lagi gagal jejakkan kaki ke Kuala Terengganu. Lama benar rasanya tidak berkunjung ke sana, tambah-tambah dengan adanya Masjid Kristal yang baru siap dibina. Makin gelojak hati penulis nak ke sana.
Mujur, setelah difikir-fikir dan direnung-renung . . . penulis ambil keputusan untuk cari lagi tempat tinggal di kawasan Jertih dan Kuala Besut ini sahaja.
1.15 pagi, akhirnya setelah puas mencari, turun naik hotel, penulis bernasib baik ketemu resort, D'rizan, Kuala Besut yang biliknya masih kosong. Harga biliknya RM 120.00, RM 80.00 dan RM 40.00, namun hanya bilik yang berharga RM 80.00 dan RM40.00 masih ada.
Penulis ambil bilik yang harganya RM 40.00 sahaja. Hari pun lewat, bilik sekadar untuk tidur dan mencuci badan. Bilik No 3, hanya ada kipas syiling dan tv. Jadilah . . . cuma keadaan tandasnya sahaja yang membuat penulis rasa geli geleman sedikit ...
Adduss . . .
Aktiviti Entah Apa-apa Di Pagi Yang Gelita
Sebenarnya setelah penulis dan isteri mengemas diri di bilik. Sempat penulis dan isteri bergambar di kawasan pantai berdekatan situ. Kawasan berhadapan penulis dan isteri merupakan terbentangnya laut seluas-luasnya, namun disebabkan gelap dan flash camera penulis tidak berapa kuat...hanya nampak penulis dan isteri sahaja. Kenapa tidak pergi dekat lagi dengan laut tu? Huhhhh. . .kecut perut penulis, di dalam kegelapan malam macam ni, tak sanggup penulis pergi lebih dekat lagi dengan laut...Tambahan waktu ketika itu lebih kurang 2, 3 pagi .... kurus semangat!

Awekss yang keseorangan ...
Tiba-tiba datang boyfriend dia ...Terus berposing . . . hihi
Sebenarnya setelah penulis dan isteri mengemas diri di bilik. Sempat penulis dan isteri bergambar di kawasan pantai berdekatan situ. Kawasan berhadapan penulis dan isteri merupakan terbentangnya laut seluas-luasnya, namun disebabkan gelap dan flash camera penulis tidak berapa kuat...hanya nampak penulis dan isteri sahaja. Kenapa tidak pergi dekat lagi dengan laut tu? Huhhhh. . .kecut perut penulis, di dalam kegelapan malam macam ni, tak sanggup penulis pergi lebih dekat lagi dengan laut...Tambahan waktu ketika itu lebih kurang 2, 3 pagi .... kurus semangat!
Sebelum penulis mengorak langkah lebih jauh . . . penulis ingin berkongsi gambar-gambar perjalanan di Lebuh Raya Timur Barat. Para pelancong dari selatan mungkin tidak pernah melalui jalan ini kerana laluan ini merupakan laluan utama menghubungkan negeri-negeri pantai barat terutamanya di sebelah utara dan negeri-negeri pantai timur.
PEMANDANGAN DI HENTIAN TASIK BANDING - GPS coordinates : (5.544104, 101.340530)
Senja
PEMANDANGAN DI HENTIAN TASIK BANDING - GPS coordinates : (5.544104, 101.340530)
Sepanjang perjalanan ( view from the back of the car )
Senja
Kuala Besut, 18th August 2008 - Our journey to Perhentian Island begin . . .
Jeti Kuala Besut, kami bertolak dalam jam 9.40 pagi ke Pulau Perhentian. Perjalanan pergi balik Kuala Besut dan Pulau Perhentian berharga RM70.00 seorang bagi dewasa. Kanak-kanak, penulis tidak pastikan pula. Naik bot laju berenjin dua . . . memang mengasyikkan dan adakalanya bot dilambung ombak sehingga terangkat setengah meter dari permukaan air.
Yang pasti, punggung akan berasa sengal-sengal kerana permukaan tempat duduk berkusyen yang agak nipis. Dinasihatkan duduk berhampiran dengan pemandu iaitu di kawasan belakang bot untuk mengurangkan kesan hentakan bot di atas laut.
Sempat penulis menyemak kelajuan bot tersebut menggunakan GPS penulis dan didapati kelajuannya ialah 60kmj . . .
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit . Pulau Perhentian kelihatan dari jauh, cuaca agak mendung namun tiada angin kuat yang menghampiri kami. Risau juga jika berlaku cuaca buruk tiba-tiba. Jangan lupa memakai jaket keselamatan dan jangan malu meminta kerana laut bukan calang-calang tempat untuk memperjudikan nasib anda.
Pulau Perhentian ( Cuaca Mendung )

Akhirnya, Pulau Perhentian semakin jelas di mata kami. Sayangnya cuaca yang agak MENDUNG membuat suasana agak suram dan pencahayaan untuk kamera agak kurang sesuai. Warna air lautnya juga agak gelap akibat cuaca yang tidak menentu.
"Taxi Boy" datang mengambil pengunjung di Long Beach kerana bot kami kurang sesuai untuk merapati pantai di situ. Pantai Long Beach merupakan antara pantai yang terkenal di Pulau Perhentian ini kerana ramainya pelancong-pelancong asing di situ.
Dalam perjalanan, kelihatan resort-resort di tepi-tepi gigi laut yang cantik.
sronok dapat jalan2. cam ne nak review, aq pon tak tau. yg pasti color dia tak berapa cun. tapi bile lepas edit, bole buat cam gaya HDR plak.
29 ni ade final yg fireworks tu, pergi lah ambik gmbr. bole share2. member ajar pakai function BULB.
Ko review Sony Alpha 200 ker ...
ada kawan aku berminat gak sebab harga dia drop gila2 sekarang.
ko beli dulu berapa ketul? hihihi...
Salam MrRazif. Seronoknya bercuti! Boleh share ttg tmpt mkn best kt sana, tinggal kt sana tu berapa kos?
pada pendapat aq, yg beginner ni, better ambik a350 atau a700. a200 ni tak berapa menarik dia nye kualiti. tapi kalau nak belajar dslr, elok angkat yg ni. murah dan function senang.
pasal BULB tu, setting kat manual dan adjust shutter paling slow.ni kat a200 la. bila kita snap dan hold,kamera akan terima sebarang cahaya. bila lepas snap button baru la shutter akan release sendiri. sesuai utk ambik fireworks.
myza : nanti penulis up kan tempat2 menarik n dia punya harga...murah2 jer harga kat P.Perhentian ni ...
Mahamdan : ada duit angkat nikon d700, full frame terus....
Memangla entry level dslr ni tak berapa puas...tapi gunala dulu wat belajar .. and bagi tangan stabill..lepas tu kalau ada duit angkat la yang gaban z punya camera..hahaha, just my2sen
dey macha.. awat gambaq sikit sangat...
hang bz x.. nnt jom jumpak minom2 maw?
wakakaka...padayappa sungguh kamu luth ... hahaha...
bila mau minum?mau bilanja ka?arigato ... hahaha..
gambar nantila ... dok bz sket ....
wallaweeeii.... cuti-cuti melaysia, bestnye. Bile turn aku plak nih... tak sabor laa nak cuti panjang.. ekekeke~
whoa..
jauhnye bejalan
bes tu~~~
hik hik
wuhuu~
x penah jejak lagi kat pulau2 ni
asgmnt melambak je keje ><
ni saje berjalan2 makan angin ke? o.o
waaaa..
mau ikot g pulau redang. ahaksss
mesti best gi sana..
Best tuh pg tempat cantik macam tuh kan,,,huhu camner ngan harga? cantik tak?
saya pernah sampai perhentian
tapi dok kat tuna bay. best woooo perhentian.
snorkelling spot paling cool kat seabell. hehe
bestnya tgk gambar nih
adik beradik zamz n knizam bersama2 dlm comment yg sama ....
hahaha
jgn lupa klik rating star. takdak lagi yang sudi klik star rating rilexjom.
wahh..sgt cantek gmbr2x kat atas nih! salute laa same u bro! :) *thumbsup*
bestnyer ddk kat arwana...huhuu..kitorg time pg sana ddk kt samudera je.tapi mkn kat cafe arwana.hehehehe
salam... selsmat berpuasa.. cantik pemandangan dkt gambar tu...
Bestnye bercuti! Plan nak gi Sabah dah kena cancel... colleague ada yang kena sambung belajar balik. Plan nak gi Redang sayu je tengok. Haiz... hopefully end of this year nak gi mana-mana juga! :)
Masa belajar, is the best time to go vacation..
ramai kawan ...
waktu banyak ...
bley save cost sebab pi ramai2 ...
takpa, nanti ada rezeki dapat pergi la tuhh ....
cantiknya gmbr2 kat sini!!... ambik pakai camera ape yer? kalau bole share ler... Razif ni pro photographer ke?
salam mr razifembi..
aku mmg nak sgt try snorkeling..
time g langkawi sblm puasa dulu, nak gak try belajar.. tp di sebabkan masa yg sgt tight, x dpt nk join..
hmm.. for beginner, mana ya tmpt yg paling baik?!~
Azlie ... salam,
emm snorkeling ni taklah payah sgt mcm diving ...
yang perlu ada, alat snorkel tu, life jacket (kalau tak confident), fringe (kaki itik-kalu nak pakai lah ..)....
harga sewa ? sila rujuk thread
kalau kat Perhentian tu, mudah lah sket kalau nak belajar, sebab kat almost semua pantai bley belajar snorkeling...
and kalau kena TEMPAT yang sedia ada CORAL/BATU KARANG spot...dah tak payah pegi jauh2 naik bot, snorkeling depan chalet pun da ok ....
nanti penulis bagitau tempat2 resort yang ada coral berhampiran kalau berminat...
hihi..
berminat.. berminat...
nak g p perhentian r kalu mcm nie nnti.. huhu..
# razifembiNo Gravatar Says:
September 28th, 2008 at 5:28 am
hemmpp menarik juga P.perhentian
buat pertama kalinya aku :
” aku pergi perhentian dan aku nak pi lagi , selalunya, tempat yang lain, bila dah pi aku tak mau pi dah ..”
murah, cantik dan relaxing …
tempat yang best macam kat tuna bay resort, Cocohut, perhentian island resort, coral view and ABC yang murah (aku tgk harga murah, keadaan bilik aku tak tau, tapi mmg nampak biasa sgt).
kalau nak tempat mat salleh ramai, tempat happening kat long beach. boleh check kat web resort yang ada kat situ …and ada coral jugal pantai dia …
kalau pi dengan kawan2…amik bilik yang murah2 shj…bilik tempat mandi and tidur ja..kalau dah kawen ada anak..faham2lah ….
most of your time ..you will spend at the beach, snorkeling, walking, trakking…
enjoy
regards,
relaxjom, penang
Walau langkah tak bertemu,
Tangan tak berjabat,
uccap tak terdengar,
Tapi izinkan hati memohon maaf, zahir dan batin..
Selamat Hari raya Aidilfitri...
Ish..ish...jauhnya perjalanan..sudah tentu seronok. Saya pun suka travel ziarah tempat2 menarik..
Salam..tie suka tgk gambar2 tu. Cantik sekali. Tie sendiri tinggal di ganu ni,dah 8 tahun merantau ikut suami. Pernah ke pulau redang,snorkeling menyeronokkan. Pernah terserempak dengan baby shark dan giant kerapu rasa berdebar2 pula. Batu karangnya pun cantik. Mungkin ada peluang ke sana lagi, sebab kawan2 suami sering talipon (nelayan di sana)bertanya bila akan kesana lagi. Seronok betul,selain dari berehat,dapat juga jalan2 di kampung nelayan.
wohoho..
best nye jejalan!!!
skrg nie tgk exam mode!~
pas exam baru leh merdeka!! hihi
pergh... cambest je perhentian...
nie rase nk g nie...
salam kak...nice to c u...bestnye akak dah lepas ke perhentian...sy x lepas lg nk ke sana... :(
hihihi sweet aje awek tu ngan balak dia... aww
wah couple sepanjang jalan la tu...jeles nye kita...
SIS-lin : cepat2 ajak hubby pi . . .
Eireen camelia : itu bukan kayu balak lakhh..hahaha...I lah itu..
Wahh beshnya bercutiiii ;D
hehe...
dan-dan posing tepi laut beromantika ek??
dah kawen xpe pegang2...
ko pi perhentian diving skali tak??