"Geram jangan engkau geram . . .
Geram bermacam ragam . . .
Kerana suka . . . Kerana marah . . .
Janganlah kau geram . . .
Kalau ada orang sakitkan hati . . . Tentu kau jadi marah
Tetapi tak usah kau geram ... kau geram . . .kau geram
Apalah gunanya kau geram . . .
Lebih baik . . . diam"
Akhir-akhir ini, heboh tentang isu kenaikan harga tambang pengangkutan awam. Maka drebar-drebar teksi dan bas sekolah pun bertepuk tangan riang gembira. Apek-apek tauke bas pun dah mula menempah penerbangan ke Macau, kalau tidak pun . . . kurang-kurang pun ke Genting pun jadilah. Yang peningnya Makcik Kiah si tukang cuci yang hari-harinya pergi balik kerja naik RAPID PENANG. Habis duit belanja hari-hari Makcik Kiah untuk membeli nasi lemak sebagai sarapan.
Takpa jangan GERAM Makcik Kiah
Takpa jangan GERAM
Dulu masa harga minyak merundum jatuh, tidak lah pula turun tarif elektriknya. Kononya TNB banyak menggunakan arang batu daripada minyak. Alahai . . . terkena lagi aku!!
Takpa jangan GERAM
lagipun kan ada seruan untuk menambah bilangan rakyat Malaysia. Harap-harap rumah Lebai Daud yang dok bergelap tu nantinya selepas 9 bulan ada hasilnya.
Duduk tak duduk . . . dalam dok berasa sedikit "lega" dengan diskaun tol PLUS, dalam dok bayang-bayang memandu kereta di lebuhraya, hasrat tu terpaksa aku padamkan sebab teringat tak lama lagi harga minyak akan naik pulak. Alahai . . . lagi sekali aku terkena!!
Tol kurang . . . minyak naik!
Takpa jangan GERAM
lebih baik DIAM.
Jom dengar lagu lama ni dr kumpulan Black Dog Bone

xpe jgn geramm
baik diam..
kalau bising kene antar kamunting~~
istigfar...istigfar....ok dah?? alhamdulillah...:)
im ok im ok ... don worry...
dush2~
kamu akan ok kan?
buang je perasaan tu~
hahah tengah geram la nih
da abis lum geram tu?? tak elok geram lelama...nnt setan masuk..hehhee...
Tahun berapa ni ye. 1980 betul ke.
mungkin di antara tahun 1973 hingga 1981 . . . kurang pasti. Tapi apa pun lagu ni memang best!
salam singgah dari yanie...
=)