Kisah Diantara Dua Kampung ...

Posted by razifembi | Thursday, July 02, 2009 | 0 comments »

Petang tadi, di tempat yang aku selalu letak wallet, telefon, syiling aku dan bermacam lagi barang aku, ada sekeping surat dari koperasi kampung aku. Dalam hati surat ni mesti mak aku yang letakkan di situ sebab segala surat tentang hal-hal kampung, panggilan kenduri ke, koperasi, surat tabung haji mak aku ker, gotong royong ka ... mesti mak aku letakkan di tempat aku. Agaknya nak suruh aku terang semula pada dia apa kandungannya ...

Petang tadi baru aku berkesempatan membaca kandungan surat tersebut.


Aku baca lagi . . .

tak selesai lagi rupanya kes pembinaan rumah flat di atas sebuah tapak padang bola. Terlintas di fikiranku tentang satu kes lagi di Kampung Buah Pala atau yang lebih dikenali sebagai "High Chaparel".

Dalam kes pembinaan flat Sg Gelugor, kisahnya mudah dan ringkas sahaja. Inilah kisah MANUSIA bila ....

Amanah dipegang menjadi nanah,

Nafsu haloba menjadi raja

Manusia-manusia yang diberikan kepercayaan dan jawatan macam inilah yang menjahanamkan Koperasi Gelugor dan seluruh penduduk kampung angkara inginkan sesuatu yang dijanjikan oleh pemaju flat secara peribadi jika terlulusnya projek rumah flat tersebut.

Seingat akulah, arwah pak aku selalu berkata bahawa tanah kawasan padang bola yang ingin dijadikan flat itu sebenarnya merupakan TANAH PEMBERIAN secara percuma untuk orang bermain bola oleh TUAN WATT, iaitu seorang Inggeris yang menetap di Tanah Melayu sebelum merdeka.

Bayangkan orang putih yang bukan Islam pun tahu nak buat kebaikkan pada orang kampung Gelugor yang Islam. Alih-alih yang menjahanamkan orang Islam sendiri adalah orang Islam itu sendiri.

Apapun aku respek pada team pengurusan yang baru. Semoga MAJU JAYA.



0 comments

Post a Comment

Sila gunakan bahasa yang baik dan sopan. Terima Kasih