Anak Kecil Main Api

Posted by razifembi | Saturday, July 18, 2009 | 9 comments »

Lagu yang dinyanyikan di BTN, ITM dan MRSM ketika era 80-an.

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Dari masa hingga masa
Petualang menghancurkan bangsa
Alatkan agama demi peribadi
Pupus kita di bumi Ilahi

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara 3x

Komposer : YB Prof. Dato’ Dr. Nordin Kardi,
Naib Canselor UUM & Bekas Pengarah Biro Tatanegara


Tetiba pulak teringat lirik lagu Negaraku oleh namewee

"5 in the morning
There’s even a morning call to wake me up
Sometimes a few of them will sing together
When you listen to it, it’s like a love duet
The voice ululates like an R&B song
Even though sometimes they sing until it’s out of tune
Even though sometimes they even sing until their
voices break
Some sound like cockerels, but they wake up earlier
than them "


"They wrap up their heads; walk slowly and cross the
road slowly
When you pass in the car you even have to let them
pass first"

Bandingkan diantara dua senikata lagu ini . . .


9 comments

  1. Your Average Mat // 18 July 2009 at 02:31  

    Anak kecil main api dah tak diguna lagi kat BTN. Ganti dengan Menara Bangsa. Tapi mmg saya minat betul lirik anak kecil main api tu.

  2. Tirana // 18 July 2009 at 07:33  

    terimakasih kerana lawat blog saya. saya pun dah lama tak masuk sini...dah bertukar wajah blog ni rupanya...

  3. djambu puadovich // 18 July 2009 at 10:49  

    woah! dah lama x dtg blog cik razif. pe cite skrg ni eh?

  4. ♛ LORD ZARA 札拉 ♛ // 18 July 2009 at 11:57  

    uhuks~

    memang banyak perbezaannya~

  5. East Coast Cycling Team // 18 July 2009 at 16:33  

    Salam Zif....tersangat lah sibuk sekarang ni tak sempat nak melawat kawan2, moga razif dan keluarga sihat hendak nya.

  6. Sasha // 18 July 2009 at 18:09  

    Salam Razif... huh... lamanya menyepi sejak2 dah berkahwin ni... harap2 Razif sekeluarga sihat & sejahtera selalu...

  7. chekgu Bani Hassim // 19 July 2009 at 21:13  

    erm...aku pon tak sure sgt nape lagu anak kecil main api ni diban...
    digantikan dgn menara bangsa..
    entah laa...

    layan je..

    lirik nawamee tu mmg haram jadah...hampeh!

  8. Unknown // 2 August 2009 at 00:45  

    Dengar melodi baru ni tak menaikkan semangat. Kalau yang asli, meremang bulu roma dan menginsafkan. Sekarang lagu aslinya macam disorokkan pulak. Kita terlampau menjaga hati orang lain hingga hati kita tidak dipedulikan.

  9. razifembi // 2 August 2009 at 00:48  

    Setuju. Ada link untuk lagu asal?

Post a Comment

Sila gunakan bahasa yang baik dan sopan. Terima Kasih