Eksklusif : Terbakarnya KOMTAR

Posted by razifembi | Saturday, February 07, 2009 | 16 comments »

Photobucket
KOMTAR dari kejauhan.

Dalam kehangatan ketidaktentuan suasana politik sekarang di Perak sempat juga penulis selitkan satu kisah yang berlaku kira-kira 25 tahun dahulu. Satu kisah yang mengukir pahatan sejarah bagi Pulau Pinang.

Pada tanggal 22hb Februari tahun 1983, dalam lewat senja kelihatan dari jauh satu bebola api yang besar dari sebuah bangunan tinggi, marak menjulang ke langit.

KOMTAR ( Kompleks Tunku Abdul Rahman ) . . . terbakar

Tidak ramai golongan-golongan muda yang mengetahui kisah ini sebagaimana mereka mengetahui kisah kejadian rempuhan bangunan berkembar di Amerika dulu.

Bangunan Komtar yang ketika kejadian berlaku masih lagi dalam pembinaan mengejutkan masyarakat negara kita kerana julung-julung kalinya berlakunya bangunan tinggi terbakar.

Bagi warga Pulau Pinang, atau pun yang mudah dikenali dengan anak tanjung, Komtar merupakan satu kebanggaan yang tersemat di dalam hati semua orang Pulau Pinang walaupun kini sinarnya semakin suram.

Photobucket
Komtar dijilat api

Komtar tetap Komtar.

Kalau nak minum teh tarik gelas tinggi atau besar di kedai mamak, sebut sahaja teh tarik Komtar. Pasti buih-buih tehnya meleleh-leleh keluar dari gelasnya.

Memang kelasnya yang tersendiri.

Apa tidaknya, sebelum adanya Menara Kuala Lumpur, bangunan berkembar Petronas dan menara Dayabumi, bangunan Komtar inilah yang tertinggi sekali di Asia yang apabila siap sepenuhnya pada tahun 1986. Jumlah tingkat keseluruhannya ialah 65 tingkat.

Gambar Komtar Sekarang

Photobucket
Bandingkan gambar awal entry dengan gambar yang di atas. Perkembangan pesat Tanjung sekarang berbanding dahulu dengan dirinya bangunan-bangunan tinggi. Namun masih ada lagi warganya tidur tidak berbumbung.

Photobucket
Kelihatan juga Masjid Negeri Pulau Pinang di dalam gambar di atas.

Sekadar coretan dan perkongsian bersama-sama. Teringat kembali penulis pada kisah tragik kematian 100 orang akibat runtuhnya Jeti Sultan Abdul Halim, Butterworth pada tahun 1988

Sekian saja . . .

* Kredit kepada abangku, Hamzah atas foto-foto Komtar terbakar beliau

16 comments

  1. Luth Textile // 7 February 2009 at 15:05  

    wow.. abg hang punya ke gambaq2 tu..
    dasyat.. aku baru tau komtar penah terbakar satu masa dulu..

  2. razifembi // 7 February 2009 at 15:10  

    kalau tak dak gambar gambar2 abang aku ni, sure aku pun tak tau sampai la ni. Aku godek2 tenet, tak banyak info tentang Komtar terbakar ni.

  3. Luth Textile // 7 February 2009 at 15:17  

    ish3, takut kan..
    tapi macam mana la komtar tu leh terbakar? kenapa tak robohkan je buat yg lain, kan molek gitu..

    aku dengar khabar angin, bangunan komtar tu dah banyak retak

  4. hrmk // 7 February 2009 at 17:54  

    dalam komtar tue..ada banyak bumiputera enterprise ke?

  5. tikazack // 7 February 2009 at 19:22  

    tak lahir lagikkkkkkkkkkk
    wahaha tak tau pape pasal nih :P
    nice info :)

  6. Sasha // 7 February 2009 at 22:48  

    bila bangunan tu tbakar?... last pegi sana tahun lepas... patutlah shopping center tu dah kosong... dulu orait gak tmpat tu...

  7. djambu puadovich // 8 February 2009 at 15:48  

    ooo...adik beradik kaki kamera gak rupenye...

  8. Unknown // 8 February 2009 at 17:33  

    fieww~~ ingat ke bende nie baru blaku..
    hampir meningal d buatnye...
    lolz..

    tpi x tau plak menara komtar tu penah terbakar...
    klu xde info nie org xkan tau kot...
    da jd sejarah itam an...

  9. Pok Li // 9 February 2009 at 12:35  

    Kebakaran komtar didakwa kerana sabotaj. Kerana ada tulisan Cina di tingkat bermula kebakaran yang mengutuk CM Pulau Pinang ketika Tun Dr. Lim Chong Eu. Api ketika itu memang besar dan berlaku beberapa letupan dari tong-tong gas untuk pekerja 'welding' ditingkat 41( jika tak silap). Sehingga pasaraya Gamma di sebelah tu pun terpaksa di siram air.

  10. Anonymous // 10 February 2009 at 23:07  

    Info yang baik untuk anak anak muda sekarang.
    Budak budak rider saya tidak tahu bahawa Komtar terbakar. Bila saya cerita dan mereka semua terlopong mulut....macam tak percaya lalu saya suruh dia orang tengok dan baca blog anda.

    Terima Kasih.

  11. y // 11 February 2009 at 03:40  

    phew, baruku tahu.. wahahahhaha, tapi skang ni, dah malaih lepak komtar..bosan~ bersepah makhluk asing..tak macam dulu

  12. Anonymous // 20 February 2009 at 22:38  

    makhluk asing dah banyak di penang ni

  13. MIMIE AIZA // 17 March 2009 at 17:56  

    uishh..
    taw jgk sy serba sedikit pasal sejarah ni

  14. MIMIE AIZA // 15 April 2009 at 00:41  

    wah baru taw sejarah komtar penah terbakar

  15. iEra naDira // 20 February 2011 at 21:25  

    Izinkan saya untuk menggunakan segala maklumat di dalam entri ini untuk tugasan sekolah yea.. Tqvm. ^___^

  16. sista // 13 April 2013 at 02:39  

    saya pun tak tau Komtar terbakar...tapi yg jeti runtuh tu tahu la...suspen juga takut ada sedara mara or kenalan yg terlibat time tu...

Post a Comment

Sila gunakan bahasa yang baik dan sopan. Terima Kasih