Friday, 30 January 2009

Rindu Hati Membuak-buak Tapi Apakan Daya


Photobucket
pusara ayahanda

Genap setahun pemergian bapakku ke rahmahtullah pada hari ini 30 Januari 2009 selepas 2 hari dari tarikh kelahiranku ketika arwah berusia 80 tahun. Pantas masa berlalu atau aku yang terbuang masa. Kata mak aku 2, 3 hari yang lepas . . . semakin lama semakin kita akan teringat pada arwah.

Selalu aku ber"perasan" dan berharapan semacam bapakku masih ada . . . sedang duduk berehat di buai .

Tapi bila ku toleh, dan ku cari ...

Tiada . . . Bapak ku tetap tiada . . .

Berkali-kali pun aku tetap begitu dan tiap kalinya juga harapanku hanyalah mimpi

Dia,

Buah hati,

Kenangan yang terhebat,

Pemberian yang amat mendalam dan bermakna.

Yang mengajarku nilai ketuhanan, erti kebaikan dan realiti hidup.

Photobucket
Arwah pak bersama abangku yang sulung dalam tahun 60-an. Nyata hobi beliau menangkap gambar gambar turut turun ke dalam darah tubuhku juga. Aku amat suka akan gambar ini . . .

Photobucket
Kenangan aku bersama bapak di Genting Highland

Kepada yang masih mempunyai ayah dan ibu, hargailah pemberian Tuhan kepada kita. Janganlah kita menyesal kemudian hari kerana membiarkan pemberian terhebat ini hilang berlalu begitu sahaja satu hari nanti.

Yang muda, akan tua . . .

Yang hidup, akan mati . . .

Yang merindui . . . akan tetap merindui . . . selamanya

Bila kan berjumpa lagi . . .

Aku terpaksa berhenti di sini . . .

kerana setakat ini sahaja kekuatan aku menahan perasan sebelum . . .

Al-Fatihah buat Bapak tersayang...


terima kasih kepada insan-insan yang sudi menghadiahkan Al-Fatihah kepada arwah.

13 comments:

  1. kehilangan ayah turut aku rasai...

    ReplyDelete
  2. semoga beliau dicucuri rahmat..
    amin..

    ReplyDelete
  3. yang pergi tetap pergi, pape pun semoga arwah dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  4. sabar la...

    kasih sayang ayah tiada bandingan nya..

    semoga ayahanda mu bahagia di sana dikalangan orang yang soleh.. amin

    ReplyDelete
  5. Alfatihah...
    Semoga Pakcik ditempat dikalangan org2 beriman...InsyaAllah...

    Tarikh sama...
    nama akk... T Noorazlymi E Husin

    ReplyDelete
  6. Smoga berlia d cucuri rahmat...
    sabar ye...

    mesti susah an nk tri org yg d sayangi... hurmmm
    lebih lg ahli kuarge sendri...

    ReplyDelete
  7. Salam Takziah untuk Razif dan seisi keluarga dan Al Fatihah untuk arwah semoga bersama orang2 yang beriman....!!! Kami Persatuan Berbasikal Dungun mendoakan.

    ReplyDelete
  8. huwaaa teringat ayah :'(
    nak balek..

    sabar ye..
    setiap yg hidup ada pengakhirannya..
    Tuhan lebih menyayangi dirinya..
    moga beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org beriman.
    al fatihah

    ReplyDelete
  9. Salam takziah bro...

    Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman...

    Al-Fatihah membasahi bibir untuk seketika...

    ReplyDelete
  10. memang sebak aku baca, series..

    ReplyDelete
  11. Salam takziah utk Razif...

    Sebak betul baca puisi tu... it's okay cry once in a while... to let go the sad feeling...

    Razif masih boleh berjasa kepada Allahyarham dgn berdoa & bersedekah utknya walaupun x terbalas jasanya yg sgt besar utk mmbentuk Razif menjadi insan berguna...

    p/s: thanks atas coretan ini... membuatkan saya lebih menghargai pd yg masih hidup...

    ReplyDelete
  12. Tertinggal sikit lagi...

    Happy Belated Birthday utk Razif... semoga hidup sentiasa diberkati & dilindungi olehNya...

    ReplyDelete
  13. kita sama, kehilangan seorang ayah .
    arwah ayah saya meninggal pada usia 47 tahun,
    masih muda kan? -.-

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa yang baik dan sopan. Terima Kasih