Wednesday, 28 January 2009

Bila Kompang Di Palu, Air Mawar Di Renjis-Renjis


Photobucket

Gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan penulis@razifembi di Putrajaya pada Disember 2008 yang lepas. Doakan kami berbahagia hingga ke akhir hayat kami dan di kurniakan zuriat-zuriat yang soleh lagi bertakwa.

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir tempoh hari.

Sebuah sajak untukku buat sukma hatiku ketika awal perkenalan dahulu :

gadis desa
berlenggang ke kota
di tangan kirinya seraga bunga
di tangan kanannya seraga cinta
orang kota selalu membeli
mula-mula bunganya
dan kemudian
cinta
nya

~ T. Alias Taib ~

Photobucket
Perjalanan kisah cinta kami dari dari tahun 2003 yang diraikan dalam majlis perkahwinan tahun 2008 yang lalu

Photobucket
Malam majlis berinai . . .

Photobucket

gadis desa
pulang ke desa
di mata kirinya setetes peristiwa
di mata kanannya setetes rahsia
orang desa selalu bertanya
siapa membeli bunganya
dan memetik
cintanya

~ T. Alias Taib ~

Photobucket
Majlis khatam Al-Quran oleh pengantin perempuan . . .

Photobucket
Disolek oleh mak andam . . .

Photobucket
Ketibaan pengantin lelaki . . . disambut dengan persembahan silat . . .

Photobucket

Photobucket
Para hadirin sedang menjamu selera . . .

Photobucket

Photobucket
Memotong pulut kuning . . .

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Bergambar bersama ahli keluarga yang lain . . .

Photobucket
Upacara yang ditunggu-tunggu. Upacara membuka hadiah . . .

Photobucket

Photobucket
Melihat buku tetamu yang hadir . . . kenang-kenangan kami ...

Sebuah pantun, hadiah perkahwinan kami daripada Tokwan kepada kami yang dibacakan sendiri oleh beliau di hadapan kami. Hadiah yang amat bermakna . . . really really

Bergenting merah ada empat bilik,
Di bawahnya banyak tembok batu,
Bersanding meriah cantik dengan molek,
Begitulah anak, begitulah menantu,

Bukit batu dikelilingi semak,
Jalan ke sana berliku-liku,
Kalau nak menantu, kahwinkanlah anak,
Lama-lama menimang cucu,

Makan kenduri nasi minyak,
Balik ke rumah kena teh tarik,
Mintak ampun tuan banyak-banyak,
Mendengar saya usik mengusik,

Oleh Tok Wan
Ahmad Babji

20 comments:

  1. kawen dengan tak ajakkk.. ehehe
    anyway, Semoga bahagia hingga ke anak cucu, cicit, piat, piut semualah!

    bro, hadiah tu tadak lebih2 ka..? hehe, bertimbun jaa

    ReplyDelete
  2. ha ha ha

    Bukan tak mau ajak ... tapi aku segan ...hihi

    hadi, hadiah2 tu pun semua aku tinggal kat putrajaya. Tak bawak balik mai Penang.

    Terima kasih atas ucapan anda ...

    anda bila lagi?

    ReplyDelete
  3. Alah, putrajaya dengan banting ni dekat ja..ada belen lagi kan..? Ekekeke, saya ka..?

    Laaambat lagi..ekekeke

    ReplyDelete
  4. Laaaaa..baru kawin rupanya..ingatkan dah lama kawin..hehehe..sorry la.. So masih dalam honeymoon lagi la ni..ekekeke...

    Anyway selamat pengantin baru..semoga rumahtangga yang dibina mendapat keberkatan dari yang Esa..

    ReplyDelete
  5. selamat Pengantin baru...moga hidup kekal bahagia...
    suka tengok gabungan warna purple dan putih...

    ReplyDelete
  6. oo lama menghilang rupanya dah kahwin en razif kita ni...
    apapun SELAMAT PENGANTIN BARU

    semoga kekal keakhir hayat, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan perjalanan hidup En razif dan isteri. amin

    ReplyDelete
  7. wow... tahniah bro..sry lambat wish..

    ape2 pun.. moga2 berkekalan hingga ke anak cucu... amin...

    kawen x ajak pun..lolz..ehehehe...

    ReplyDelete
  8. selamat pengantin baru...semuga kekal bhgia sepanjang hayat...amin..wah purple la...I like!!!

    ReplyDelete
  9. Ooo patot le da lame tak ketemu..rupe2nye sudah kawen yerk..haha

    selamat pengantin baru..moge bahgie ke anak cucu, cicit n piut :D haha. Nice pics neway!

    *ps btw ayah batuk2, tapi masih dalam keadaan terkawal lagik..insyallah bulan depan sambong operation :) doakan yer..hehe

    ReplyDelete
  10. Selamat Pengantin Baru!!... Baru kahwin rupanya... Kite ingatkan dah kawin lama dah... Comelnya pasangan pengantin... tak henti2 tersenyum tgk gambar2 tu... bahagia nampak... patutlah sibuk sgt baru2 ni... ada projek besar!!

    Diharapkan pasangan ini dikurniakan cahayamata yg cantik & beriman. Moga rumahtangga Razifpenuh keberkatan dan dilimpahi rahmat sentiasa...

    ReplyDelete
  11. selamat pengantin baru dan berbahagia selalu.

    ReplyDelete
  12. Soalan BONUS....

    Bilakah atau sudahkan ada tanda akan menimang cahaya mata???
    :)

    ReplyDelete
  13. selamat pengantin baru ~

    ReplyDelete
  14. selamat pengatin baru bro!!

    selalu sebok amik gamba, skali ko pulak masok gamba, tesipu2 ek xD

    papepon tahniah korang berdue!!

    ReplyDelete
  15. oh selamat pengantin baru utk kamu and wife kamu.
    saya sangat suka gambar inai itu :)
    nice.

    ReplyDelete
  16. Tahniah.....
    selamat pengantin baru..
    gmbr2 mmg nice...

    ReplyDelete
  17. wah purple pun not bad jugakan ;) nice wedding photos..this must be some of perfect wedding for both of you..

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa yang baik dan sopan. Terima Kasih