Friday, 31 July 2009

Nota Pada Diri 1 : Kisah Di Dalam Kisah

........

Kisah 1 : Jurutera Kapal Dan Pelaut Yang Hebat

"Kutinggalkan Warisan Laut Untukmu "

Sejenak selepas membaca sebuah buku yang diberi tajuk SUKMA ANGIN tulisan ARENA WATI, sungguh aku tidak sangka ilmu kejuruteraan kapal di Nusantara amat hebat sekali pada satu ketika dahulu.

Buku SUKMA ANGIN ini diberikan kepadaku oleh Tokwan (Ahmad Babji-tokwan mertua) setelah beberapa hari Arena Wati meninggal dunia. Sesungguhnya Tokwanku ini sangat kuat membaca dan amat luas ilmunya didalam ilmu kesasteraan, matematik dan sejarah. Banyak buku-bukunya diberikan kepada anak cucu agar budaya ilmu menjadi teman.

Ini Tokwanku bukan Arena Wati...jangan keliru

Penjelasan Arena Wati amatlah terperinci tentang musim taufan dan tengkujuh, jenis-jenis ombak laut, jenis-jenis awan, etika di laut, persiapan bekalan makanan, jenis-jenis kayu yang berlainan yang sesuai untuk bahagian-bahagian tertentu kapal, pendedahan geografi nusantara dan pangkat-pangkat di atas sebuah kapal amat sehingga membuat aku kagum dengan semua ilmu yang dimiliki oleh orang Melayu dulu-dulu khususnya.

Arena Wati bukan membicarakan tentang rakit, bukan kolek dan juga bukan perahu, tetapi berbicara tentang sebuah bahtera HEBAT yang diberi nama SUKMA ANGIN.

Memang dia jurutera kapal dan penulis yang hebat!



Kisah 2 : Kata Arena Wati Lagi . . .

" Bengkok jarum pedoman cita-cita.
Dekad akan datang, kau akan lihat agama di bibir,
bukan di dada.
Bahasa Melayu diejek.
Budaya diganti tamadun lucah."

(Halaman 349: Busa Hati)



Kisah 3 : Khutbah Jumaat

Khatib membaca teks khutbah yang menyentuh tentang TAQWA. Bacanya lagi tentang si kaya yang tidak bertaqwa, hartanya tidak berfaedah lansung selepas mati.

Tersengguk-sengguk para jemaah mendengarnya . . .

Khatib juga menyentuh tentang bezanya orang yang mendirikan solat dengan orang yang melaksanakan solat. Di akhirat kelak manusia-manusia ini yang melaksanakan solat tanpa kualiti akan dicampakkan ke dalam 2 neraka iaitu neraka Saqqar dan satu lagi neraka yang aku pun dah lupa.

Ada jemaah yang mula terangkat kepalanya minat mendengar lanjut . . .


Sedekah kita

Tabung-tabung plastik mula diedarkan, aku mengambil kesempatan melihat tangan-tangan yang menghulurkan sedekah kepada tabung masjid. Ada jemaah yang bila tabung masjid diletakkan dihadapannya lansung tidak sedar.

Rupanya TIDUR . . . zzzzzzzz ...... zzzzz ..... penat bekerja agaknya atau mungkin malam tadi tidak tidur dek kerenah anak kecilnya.

Aku memerhatikan lagi tangan-tangan itu lagi. Ada yang menyeluk poket baju, poket seluar, dikeluarkannya dompet. Namun tidak lansung dibukanya dompet itu. Akhirnya dia berdiri separuh duduk dan menyeluk poket seluar yang lain. Dikeluarkannya duit-duit syiling lalu disedekahkan dalam tabung masjid. Kemudian duduk dan pejam mata balik . . .

Tangan yang lain pula yang memakai baju "ENGINEERING" mengeluarkan sehelai duit kertas lusuh berlipat-lipat berwarna biru lalu dimasukkan ke dalam tabung.

Jumlah pungutan

Setiap minggu akan dipaparkan jumlah wang kutipan hasil sedekah orang ramai diantara RM 1400 - RM 1800 seminggu tidak dicampur lagi dengan wang tabung dinding yang seccara puratanya lebih kurang 3-4 ratus seminggu.

Jumlah hadirin yang hadir pula lebih kurang seribu orang. Kalau dibuat kesimpulan kasarnya, setiap jemaah hanya menyumbangkan lebih kurang RM 1 - 3 untuk dana masjid secara puratanya.

Rumusannya yang lebih mendalam terserah kepada setiap pembaca menilai . . .


Sambung khutbah . . .

Khatib meletakkan teks khutbah dan menjelaskan tentang beberapa3 perkara yang terjadi di akhir zaman. Para jemaah mula menumpukan perhatian, khutbah mula berjaya mendapat tempat.

Perkara-perkara yang sempat aku ingat lagi aku catatkan di sini :

1. Orang yang baik dituduh jahat.
2. Orang amanah dituduh khianat.
3. Orang jahat diangkat menjadi pemimpin.
4. Orang bersalah dikatakan tidak bersalah.
5. Orang yang benar dituduh penipu.

Dan ada satu perkataan yang disebut oleh khatib yang tidak dapat aku tangkap dengan jelas yang disebutkan oleh Rasullah. Bila ditanya oleh para sahabat apakah maksud perkataan itu maka Rasullah menjelaskan bahawa :

dihuraikan oleh khatib sebagai :

"itulah orang yang berlagak hero dengan berlakon menjadi orang baik dan berilmu tapi sebenarnya jahat. Orang jahat yang menyuruh orang berbuat kebaikan, Pencuri yang menyuruh orang jangan mencuri "

Benarlah apa yang dikatakan oleh Arena Wati bahawa nanti akhir zaman ilmu agama akan bermain di bibir dan bukannya terpahat di dalam hati. Semoga Allah merahmati roh beliau. Al-Fatihah.


Cermin Diri

Kebelakangan ini aku melihat ramai orang berilmu tinggi baik dalam bidang sains dan agama, ada yang bergelar dokter, ada yang bergelar cikgu, ada yang bergelar ustaz , ada yang bergelar pemimpi tapi akhlaknya buruk.

Semoga aku dijauhi sifat begini. Pesan pada diri mencari dan memburu kebaikan dan meninggalkan keburukan dari hari ke hari. Semoga Allah membimbingku dan keluargaku.

* Sikap Arena Wati yang tidak sukakan kepada sensasi menyebabkan sukarnya aku mencari gambar-gambarnya.

Wednesday, 29 July 2009

Perkuburan Di Menara UMNO Pulau Pinang


.......
Sebenarnya artikel ini hendak aku tulis dari tahun lepas lagi, namun begitulah kita sekadar manusia yang merancang. Mungkin kisah ini ada yang mengetahuinya terutamanya bagi orang Pulau Pinang dan mungkin ada yang belum mengetahuinya lagi. Jadi marilah kita berkongsi tentang kisah ini ...

Walaupun tajuk utamanya ada menyebut UMNO, namun aku cuba sebaik mungkin menjauhi al kisah politik. Banyak-banyak sangat tentang politik pun nak termuntah pun ada . . . bak kata orang, pemimpin "yang di atas" tiada apa-apa, yang lebih-lebihnya pulak orang di bawah.

Yang untungnya syarikat suratkhabar . . .

Teringat balik kata-kata seorang rakan kerja yang menyebut diantara pekerjaan yang akan dia haramkan ke atas anak-anaknya nanti ialah wartawan.

Mengikut ceritanya yang aku dengar, (kesahihannya aku tidak pasti, sekadar berita mulut orang ) tanah yang telah didirikan menara UMNO ini sebenarnya dahulu merupakan sebuah tanah wakaf. Tanah wakaf ini akhirnya diwakafkan kepada wakil UMNO. Tanah wakaf ini akhirnya telah disita dan diletakkan di bawah MAIPP pada tahun 1973 akibat kegagalan pihak bertanggungjawab menjelaskan cukai tanah dan pintu yang berjumlah lebih kurang RM 14000.00.

Akhirnya, menara ini telah dibina pada tahun 1995 dan siap pada 1998 dengan ketinggian lebih kurang 93.6 m. Keistimewaannya pada bahagian atas menara ini mempunyai "sayap berdinding" yang boleh dilaraskan untuk mengawal pergerakkan angin.

Namun selain itu, terdapat satu kawasan perkuburan di halaman Menara UMNO ini yang masih menempatkan 3 kubur lama. Berdasarkan batu tanda kubur, aku percaya kubur-kubur tersebut merupakan kubur-kubur orang Islam.

Kubur-kubur tersebut cuba dialihkan, namun beberapa kejadian pelik telah berlaku menghalang kubur-kubur tersebut dialihkan. Walaupun berbagai usaha dilakukan untuk mengalihkan kubur tersebut namun tetap gagal. Dilaporkan ada pekerja yang mati dan berlaku kerosakkan kenderaan.

Akhirnya, kubur-kubur tersebut dibiarkan bersemadi dengan aman di halaman Menara UMNO tersebut. Pokok-pokok dijadikan pagar untuk menyembunyikan kehadiran kubur-kubur di situ.

Sekali pandang kita tidak akan perasan terdapatnya kuburan di situ melainkan kita meninjau dengan lebih dekat pada kawasan pokok-pokok.

Al-Fatihah kepada semua arwah.







Terdapat Masjid Pakistan di seberang jalan.

Friday, 24 July 2009

Mekah Yang Kosong : Merebaknya AH1N1


......
gambar dari wkipedia.tq

Sekarang pun dah bulan Rejab, Ramadhan akan menyusul tidak lama lagi. Raya puasa kemudian dikuti ketibaan musim ibadah haji.

Setakat in dilaporkan lebih 100 000 orang telah dijangkiti dengan virus babi ini dan hampir beratus-ratus yang telah mati.

Aku pernah mendengar ceramah daripada seorang ustaz bahawa nanti bila dekat-dekat kiamat Mekah tidak lagi dikunjungi oleh orang. (sejauh mana kebenaran kata-kata ustaz ini aku tidak dapat pastikan. Telah aku bertanya ustaz yang lain dan mencari info di internet, namun tiada tanda-tanda kiamat yang mengatakan Mekah tidak akan dikunjungi oleh orang di penghujung zaman. Yang ada cuma mengatakan nanti penduduk Mekah akan meninggalkan Mekah dan hanya sedikit sahaja yang kembali )



Aids dan AH1N1 : Mana Lebih Bahaya?

Penyakit Aids sungguhpun masih lagi tiada penawar, namun hanya diletakkan pada level yang rendah kerana cara jangkitannya yang terhad.

Berbanding dengan selesema babi ini yang mampu merebak walaupun dengan hanya medium udara. Sudah tentulah virus ini lebih bahaya kerana mudah merebak.



Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون)

"Who, when a misfortune overtakes them, say: 'Surely we belong to Allah and to Him shall we return'."

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan memelihara kita walau di mana kita berada dan setiao masa.




* Diam tak diam, ada penyakit lama yang diberikan nafas baru dan nama baru iaitu virus TAKUT B1N1. Jangan B1n1 tal takot laki sudah. Wassalam...

Thursday, 23 July 2009

Tukar Banner Lagi . . .


Gambar bannner aku tukar lagi . . . dalam dok nak post satu entry, rajin plak aku mencari satu gambar yang diagak-agak sesuai untuk tema kali ini. Enjoy !!

Photobucket
23 Julai 2009 - "Setinggi Mana Kita Belajar Jangan Jadi Macam Beruk"


Photobucket
19 Jun 2009 - Lakaran Wajah Kehidupan ( Terkenang Anak-anak Di Kejauhan )


Photobucket
1 Januari 2009 - Selamat Tahun Baru


Photobucket
27 September 2008 - My Photojournal


3 banner yang berada di bawah ini merupakan gambar yang berformatkan GIF. Sekarang bila aku cuba uploadkan semula, gambar dia dah tak bergerak2. Aku kurang pasti kenapa.

Photobucket
15 Mei 2008 - Dari Lensa Kamera


Photobucket
12 Disember 2007 - My Wonderful World (Tajuk yang Di Gunakan Ketika Awal Berbloging)


Photobucket
21 November 2007 -


Tuesday, 21 July 2009

Geram Jangan Engkau Geram . . .


"Geram jangan engkau geram . . .

Geram bermacam ragam . . .

Kerana suka . . . Kerana marah . . .

Janganlah kau geram . . .

Kalau ada orang sakitkan hati . . . Tentu kau jadi marah

Tetapi tak usah kau geram ... kau geram . . .kau geram

Apalah gunanya kau geram . . .

Lebih baik . . . diam"


Lama betul tak dengar lagu nih ... semacam lucu pun ada iramanya. Saja layan, teringat balik bila lirik-lirik lagu nih tiba-tiba terpacul dari mulutku.

Akhir-akhir ini, heboh tentang isu kenaikan harga tambang pengangkutan awam. Maka drebar-drebar teksi dan bas sekolah pun bertepuk tangan riang gembira. Apek-apek tauke bas pun dah mula menempah penerbangan ke Macau, kalau tidak pun . . . kurang-kurang pun ke Genting pun jadilah. Yang peningnya Makcik Kiah si tukang cuci yang hari-harinya pergi balik kerja naik RAPID PENANG. Habis duit belanja hari-hari Makcik Kiah untuk membeli nasi lemak sebagai sarapan.

Takpa jangan GERAM Makcik Kiah

Belum pun reda dengan isu ini . . . heboh pulak kenaikan tarif elektrik. Seperti biasalah aku rakyat marhaein ini dijanjikan dan di pujuk agar jangan risau kerana kami rakyat tidak akan terbeban. Lagi pun kenaikkan ini tidak dapat dielakkan lagi. Alasan minyak naik ...

Takpa jangan GERAM

Dulu masa harga minyak merundum jatuh, tidak lah pula turun tarif elektriknya. Kononya TNB banyak menggunakan arang batu daripada minyak. Alahai . . . terkena lagi aku!!

Takpa jangan GERAM

lagipun kan ada seruan untuk menambah bilangan rakyat Malaysia. Harap-harap rumah Lebai Daud yang dok bergelap tu nantinya selepas 9 bulan ada hasilnya.

Duduk tak duduk . . . dalam dok berasa sedikit "lega" dengan diskaun tol PLUS, dalam dok bayang-bayang memandu kereta di lebuhraya, hasrat tu terpaksa aku padamkan sebab teringat tak lama lagi harga minyak akan naik pulak. Alahai . . . lagi sekali aku terkena!!

Tol kurang . . . minyak naik!

Takpa jangan GERAM

lebih baik DIAM.

Jom dengar lagu lama ni dr kumpulan Black Dog Bone

Monday, 20 July 2009

Kongsi Laman Web & Blog Yang Best


1. Nak berkongsi laman blog yang best dari Ustaz Abdulah@Amin . . . Perjalanan pengembaraan yang hebat.

Klik Sini

2. Perihal Isu-isu semasa dengan bahasa yang baik. Shahrilkadir.wordpress.

Klik Sini

3. Keazaman semangat untuk hidup. Koleksi gambar yang baik. Sara Aziz in memory. Al - Fatihah . . .

Klik Sini

Klik Sini

4. Kupasan isu semasa daripada A.Kadir Yasin

Klik Sini

5. Ini pula laman blog penulisan Patrick Teoh. Blog yang kurang ajar, penuh dengan penulisan negatif tentang kerajaan, orang Melayu, Islam dan serangan peribadi terhadap individu tertentu. Kononnya dia paling pandai dalam Malaysia ini. Sial jahhh mamat ni !!! Tak sedar dek untung. Dahlah dok kat Malaysia, kutuk plak Malaysia, semua tak kena. Ni alamat blog dia. Boleh baca sendiri...

Niaamahhhh tengkorakkk hang.

Klik Sini Address Apek Patrick teoh niii


Kalau ada teman-teman yang mempunyai web atau blog yang best hendak dikongsi bersama-sama, dipersilakan. Blog atau web yang mempunyai nilai yang baik sahaja, kalau setakat blog picisan yang sekadar menceritakan kehidupan seharian dengan gaya bahasa yang murah ... aku tak berapa berminat.

Runtuhan Rumah Tengku Kudin

..................









Tiang lampu pemancar yang disangkakan pokok ...


Pangkal "pokok besi" yang diikat dengan skru ....

Saturday, 18 July 2009

Anak Kecil Main Api

Lagu yang dinyanyikan di BTN, ITM dan MRSM ketika era 80-an.

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Dari masa hingga masa
Petualang menghancurkan bangsa
Alatkan agama demi peribadi
Pupus kita di bumi Ilahi

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara 3x

Komposer : YB Prof. Dato’ Dr. Nordin Kardi,
Naib Canselor UUM & Bekas Pengarah Biro Tatanegara


Tetiba pulak teringat lirik lagu Negaraku oleh namewee

"5 in the morning
There’s even a morning call to wake me up
Sometimes a few of them will sing together
When you listen to it, it’s like a love duet
The voice ululates like an R&B song
Even though sometimes they sing until it’s out of tune
Even though sometimes they even sing until their
voices break
Some sound like cockerels, but they wake up earlier
than them "


"They wrap up their heads; walk slowly and cross the
road slowly
When you pass in the car you even have to let them
pass first"

Bandingkan diantara dua senikata lagu ini . . .


Friday, 17 July 2009

Sebarkan ...

..........

Aku dapat info ini dari web UZAR dan laman web TranungKite

PEMBUNUHAN YANG DISEMBUNYIKAN . . . aku rasa tak ramai yang tahu tentang kes ini, kerana berita tidak disiarkan oleh media German dan antarabangsa. Jadi sebar-sebarkan berita ini . . .

KISAH MUSLIMAH MARWA SHERBINI DIBUNUH DI GERMANY

klik sini

dan sini

Sunday, 12 July 2009

Apa lagi Yang Tinggal ?

..................
Apa lagi yang tinggal?

hak-hak keistimewaan bumiputera ....

1. Biasiswa ? - Melayu, Sabah, Sarawak, Cina, India ... kini sudah terbuka kepada semua ...


2. Kuota Penjawat Awam ? - Melayu, Sabah, Sarawak, Cina, India ... Terbuka kepada semua ... Pegawai-pegawai atasan, Menteri-menteri bukan Melayu pun dah makin ramai sekarang ...


3. Kuota Kemasukkan Ke Universiti ? - DIHAPUSKAN. DIGANTI SISTEM MERITOKRASI.


4. Peruntukkan Tanah Rizab Melayu ? - Sebenarnya juga Hak Milik Kerajaan Persekutuan. Bukan Mutlak Melayu.


5. Tender Kerajaan Kelas F ? - Satu-satunya keistimewaan yang jelas tinggal kepada Bumiputera. Itu tidak kira lagi kes-kes tender yang di Alibaba-kan kepada kontraktor bukan bumiputera. Kalaulah pun tender itu di usahakan juga oleh kontraktor bumiputera dengan jayanya, tidakkah bahan-bahan pembinaan yang digunakan diperolehi dari penjual-penjual bukan bumi!!

Kot mana pun sedikit atau banyak pastinya ringgit akan mengalir ke kantong poket mereka juga.


6. Bahasa Melayu ? - $#^$^&^(&*

7. Agama Islam ? - Teringat lirik lagu Ming Wee Chee .....


Jangan satu hari Melayu mengemis di negara sendiri.

Saturday, 11 July 2009

Jangan Bermain Api

.............
"Dia" bukannya M. Gandhi ...

Kenyataannya akhir-akhir ini sangatlah celaka bunyinya dengan mendesak agak taraf bumiputera turut diberikan kepada golongan bukan bumiputera. Jarang sangat aku mengupas isu politik, tapi si dia ini melampau sangat lagaknya ...

Kebebasannya meruntuhkan keamanan !

Kalaulah dia enggan memotong jambangnya. mogok lapar sekalipun usah dibenarkan keluar dari tahanan ISA. Setakat 2 tahun, 5 tahun, 20 tahun ditahan pun aku tau makhluk yang semacam ini akan tetap dengan pendiriannya.

Kontrak Sosial & Buta Tulinya Sejarah Si dia

Taraf kerakyatan secara jus soli kepada kaum Cina dan India ditimbal balik dengan persetujuan beberapa hak-hak istimewa untuk Bumiputera. Takkan dia tak boleh menerima persefahaman dan persetujuan yang telah dipersetujui oleh golongan-golongan terdahulu?

Kalau masih tak dapat terima jugak, layaknya juga dia ini digugurkan keistimewaan sebagai rakyat Malaysia yang bertuah. Mungkin juga KALAU dia (47 Tahun ) ini HIDUP/BERADA ketika zaman Kontrak Sosial ini diwujudkan, jika dia keberatan menerima apa yang telah termaktub, dia boleh memilih untuk pulang ke negara asal dia.

Ketika itu pendatang dari India diberikan pilihan untuk menetap di Malaya atau kembali ke negara asal mereka.

MUNGKIN dia ini akan dapat taraf BUMIPUTERA di BUMI INDIA. Pilihlah ...

Bertuahnya kita Melayu, Cina, India dan bumiputera Sabah&Sarawak hidup bersama-sama di bumi yang aman ini.

Golden Chersonese or “Aurea Chersonesus”

Merujuk kepada istilah yang digunakan dahulu, diberi nama oleh Ptolemy, ahli geografi dan ahli astronomi yang hidup pada kurun ke 2 selepas Masihi. Golden Chersonese membawa erti Semenanjung Emas dan Aurea Chersonesus membawa erti Semenanjung Melayu atau Tanah Melayu.

Maksudnya orang Melayu telah lama bertapak di tanah ini ( Malaysia ) berzaman sebelum kedatangan kaum India. Kerap aku baca penulisan yang mempertikaikan bahawa bangsa Melayu ini penduduk asal di Malaysia. Bagi aku itu semua alasan bingaiii semata-mata ...

Tanah Ini Tanah Melayu

Dulu Namanya Tanah Melayu


Kemudian Dikenali Sebagai Malaya


Setem Jepun Lama Pun Ada Peta Malaya, dia Pun Takdak Lagi Masa Ni



Nah bukti-bukti ringkas yang mengatakan Orang Melayu telah berada di sini dan telah mempunyai sistem pentadbiran yang diiktiraf. Takkan kehadiran Orang Melayu di sini hendak dipertikai sejak dari Zaman Batu atau dari Zaman Ais lagi???

Atau nak pertikai dari zaman Paleolitik, Mesolitik atau dari zaman Neolitik???

Sejarah

Mulai tahun depan ada subjek sejarah diajar di peringkat sekolah rendah. Memang sangat baik.

Aku nak cadangkan supaya GAMBAR PETA TANAH MELAYU ATAU MALAYA DISIARKAN DAN DIWAR-WARKAN AGAR KITA INGAT KEMBALI DAN TIDAK LUPA BAHAWA :

TANAH INI DULUNYA DIKENALI SEBAGAI NEGERI TANAH MELAYU, MALAYA , PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ....


Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sesekali,

Di mana bumi dipijak,
Di situlah langit di junjung,

13 Mei, Kg. Rawa, Kg Medan
Jadi Tauladan ...