Tuesday, 9 December 2008

Merah Itu Tandanya Darah


Photobucket

Ibadah Qurban
Tarikh : 08 Dis 2008
Waktu : Pagi Selepas Sembahyang Sunat Aidil Adha
Tempat : Masjid Jamek Gelugor, Pulau Pinang


Banyak perkara yang sepatutnya hari ini aku selesaikan terpaksa aku tangguhkan dahulu kerana seharian aku terbaring di atas katil sahaja.

Badan aku, semangat dan emosi aku agak terganggu sedikit hari ini. Tambah-tambah dengan keadaan perut aku ini yang agak kurang selesa.

Sebenarnya bukannya apa, aku ini mabuk-mabuk darah sket bila saksikan ibdah qurban semalam.

Tambah-tambah bila tengok sembelihan . . . lembekk jugak lutut aku tengok.

Sesungguhnya bukan semua orang yang boleh menyembelih, melapah, menyiat haiwan qurban.

Dan aku tidaklah termasuklah golongan yang di atas.

Semoga aku diberi kekuatan satu hari kelak . . .

Allahhuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar walillahilham . . .


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

Dalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah dari Zaid bin Arqam, pernah seorang sahabat bertanya kepada baginda:

"Wahai Rasulullah, apakah erti korban ini?" ujar sahabat.

"Itulah sunah daripada nenekmu Ibrahim," jawab Rasulullah.

"Apakah keuntungan korban itu untuk kita?" tanya sahabat lagi.

"Tiap-tiap bulunya merupakan satu kebaikan (hasanah)," jawab Rasulullah.

Photobucket


Photobucket


Photobucket
Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah SWT telah menentukan belas ihsan kepada setiap sesuatu, justeru apabila kamu menyembelih hendaklah kamu sempurnakan dengan sebaik-baiknya sembelihan itu, dan hendaklah penyembelih itu menajamkan pisaunya supaya dengan cepat dan mudah binatang itu mati."
(sahih riwayat Muslim).



Photobucket


Photobucket


Photobucket

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seseorang itu membunuh seekor burung atau binatang yang lebih besar dari itu tanpa hak (tanpa menurut adabnya) melainkan binatang itu menuntut haknya di hadapan Allah SWT. Lantas para sahabat r.a bertanya: Apakah haknya? Rasulullah SAW menjawab: disembelih (dengan sempurna) dan dimakan, bukan dipotong kepalanya dan dibuang begitu sahaja." (dihitung sahih oleh al-Hakim).

Alhamdulillah ... sempat juga aku siapkan post baru ni ...

Aku nak berbaring balik ... perut aku kembali tidak selesa ...

Assalamualaikum

19 comments:

  1. mcm warna pewarna je kan? tak nmpak cm darah :P

    ReplyDelete
  2. suw : itulah darah yang betul . . . berbuih2, panas dan boleh melecurkan sesetengah kulit yang tak tahan ...

    ReeN : Sabarlah ...

    ReplyDelete
  3. hua,,,,,takut klo liet yg beginian...

    ReplyDelete
  4. ee...darah tu semacam jer warna dia..klu tgk dpn mata sah la x mau mkn daging lembu tu.

    ReplyDelete
  5. alamak...cikgu razif...x rock a kalo ngeri tgk darah...hehehehe :P

    sini raya, biase je. xda ape yg beza pn. cume sini korban biri2. ada je amik video, tp guna hp, gambo xclear sgt. nanti sy upload, buleh a tgk ye?

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah terlaksana jua ibadah korban semoga mendapat barkah daripada Allah S.W.T.

    Korban dan Pengorbanan...!!!

    ReplyDelete
  7. biasalah,
    bukannya semua orang sama bro..

    ReplyDelete
  8. aiyarkk lembik nengok darah ke bang oi..hahaha
    tape2 gambo still cun! hehe
    ni klo nk wat ceramah pasal korban nih..pakai gambo dari blog ni sure sume kagum..jelas n nyata! :)

    ReplyDelete
  9. ... alamk.. terlupa amik gambar untuk korban la.... best gambar-gambar kat atas tu...

    p/s- Razif, kena try sembelih ayam utk belajar hilangkan gemuruh tengok darah ni...

    ReplyDelete
  10. saya suka jangan lepaskan.. ;p

    ReplyDelete
  11. like shot...
    kalau pkai cam mahal sudahnye mmg superb gambo kan??

    ReplyDelete
  12. sesungguhnya raya haji tahun ni adalah paling best bagi sabri.. kerana 3 ekor lembu disembelih di belakang rumah sendiri.. hehe..
    cute la lembu kat ats ni.. ceyh, ade sorg promote celcom la kat situ..

    ReplyDelete
  13. Tak boleh tengok gambar2 ni..especially gambar darah..rasa nak terkeluar isi perut.. Kesian tengok lembu nak kena korban. Biasanya saya tak pergi ke tempat lembu tu disembelih kerana tak sampai hati nak tengok.

    Saya beraya di KL aje tahun ni. Hubby saya lagi best, beraya di Turki..hehehe

    ReplyDelete
  14. nice shoot. tp kn yg darah tu, ada benda spoiler ar. sampah ke apa kt rumput kering tu.hehehe

    ReplyDelete
  15. Wow..memang aktiviti yang menarik untuk di visual record hehe..
    tambah pulak nice photography treat..

    ReplyDelete
  16. ujie!!!!!!!!!!!
    hehehee...salam perkenalan...
    opsss hopefully tak terlambat la nk wish
    Selamat Hari Raya Aidil Adha

    Alhamdulillah saya pun buat korban thn nie
    nnt saya letak link blog awk kat blog saya ye
    do keep in touch...

    ReplyDelete
  17. cantek gambar2 razif snap...syabas beta..

    ReplyDelete
  18. tu dia, bole la ajar kita ambik gmbr power2 lepas ni. gmbr kat melaka tu smart. bile nak datang lagi. dtg sane bgtau le.

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa yang baik dan sopan. Terima Kasih